Long case sepanjang End-of-Posting (EOP) Examination tahun 3 MBBS

*sebelum apa-apa, minta maaf atas percampuran bahasa melayu dan inggeris. cerita-cerita macam ni tak syok guna bahasa melayu penuh, bunyinya janggal.

Tahun 3 MBBS bermaksud aku dah mula masuk clinical year dan masuk wad. Kelas di wad, kena clerk patient, buat physical examination, ikut ward round dan belajar procedures. Tahun 3 jugalah kami hadap keempat-empat major posting; internal medicine, surgery, paediatrics dan O&G.

1. Paediatrics posting
Selesai short case dengan Dr F, kak N bawa aku ke katil bahagian acute hujung sekali. Seorang budak lelaki lingkungan umur 4 tahun dengan ibunya. 1 jam yang diberi untuk clerking, aku gunakan sepenuhnya untuk bertanya soalan dan juga karang skrip selaju yang boleh. Awalnya, semuanya lancar. Signs symptoms yang ada pada pesakit kanak-kanak tu jelas ke arah satu diagnosis. Tapi beberapa minit sebelum aku habiskan clerking, ada sesuatu yang ibunya beritahu dan agak mengganggu diagnosis aku. Aku panik. Aku mula tanyakan soalan-soalan untuk clarify diagnosis sebenar dan alhamdulillah aku berjaya atasi kepanikan tadi. Aku pun mulakan physical examination, pesakit sangat berkooperasi dengan aku. Syukur.

Habis 1 jam, aku keluar dari wad dan tunggu giliran untuk bentang hasil clerking dan juga examination aku. Sambil-sambil tu juga, aku siapkan skrip dan cantikkan mana-mana bahagian yang ada kekurangan.

Sampailah masa aku dipanggil untuk present case. Aku masuk ke dalam satu bilik kecil di depan wad. Aku gementar tapi masih cuba mengekalkan senyuman dan berlagak tenang di hadapan Dr M. Kawan-kawan lain yang dah selesai present dengan Dr M, semuanya seronok sebab tak perlu present habis history. Katanya, Dr cuma nak dengar beberapa point penting. Jadi aku pun expect benda yang sama. "Present your history". Aku pun mula baca skrip sambil sesekali angkat muka dan tengok muka Dr. Setiap baris ayat yang aku baca, Dr interrupt dan tanya banyak soalan. Dan peliknya, aku present sampai habis. Tak macam apa yang kawan-kawan aku lalui. Dan lagi menakutkan, dalam examination, aku beritahu yang pesakit nampak tak bermaya untuk kuatkan diagnosis aku. Tiba-tiba Dr bangun dan minta aku bawa ke katil pesakit. Fuh masa ni memang risau. Risau kalau tiba-tiba budak tu berlari sana sini, nampak aktif. Habislah Dr marah sebab salah bagi diagnosis. Tapi belum pun sampai di katil, dari jauh lagi aku nampak pesakit dah tidur. Lega. Tapi lega aku cuma sekejap, Dr minta juga aku buat inspection atas pesakit. Dan aku tak faham apa yang Dr nak. Ada lah Dr marah-marah sikit sebab aku tak sebut apa dia nak. Tapi kebanyakan soalan, aku boleh jawab alhamdulillah. Dan aku lulus.

Diagnosis: Community acquired pneumonia with underlying bronchial asthma.

2. Internal Medicine (IM) posting
Kali ni, aku dapat long case dulu sebelum short case. Dengan Dr S. Takut. Dr S panggil 4 orang daripada kami dan bawa ke kubikel tengah dan mendekati satu katil pesakit yang kami harap takkan dapat case tu. Case neuro. Ward round sedang berjalan dan doktor-doktor hospital sedang review case neuro tu. Boleh pula tiba-tiba seorang doktor MO cadangkan case tu pada Dr S. Antara 4 orang tu, nama aku yang pertama dan aku takut sangat kalau-kalau aku yang dapat case tu. Tapi alhamdulillah tak. Aku dapat pesakit betul-betul sebelah katil case neuro tu. Aku pun mula clerk dengan gelabahnya. Sejujurnya, posting ni masa dekat-dekat nak exam, aku kurang clerk patient. Tak tahulah sebab apa. Itu yang agak terkial-kial bila mula clerk untuk long case ni. Dengan serabutnya hari exam katil semua penuh. Katil tambahan pun banyak. Dengan ward round, dengan ada students lain exam sekali. Sesak wad masa tu.

Aku mula dengan kosong. Aku tak nampak sikit pun klu untuk diagnosis. Dan diagnosis awal aku sangatlah berbeza dengan diagnosis sebenar. Lega dapat detect jugak through history patient. Sikit-sikit dan akhirnya aku nampak macam mana nak present case ni. Case cardio. Masa tu aku memang tak peduli sekeliling sebab rasa 1 jam tu tak cukup. Medical sangatlah banyak untuk dimasukkan dalam history. Dah rasa-rasa cukup history, aku pun mula examine pesakit. Tapi patient yang aku dapat ni tak berapa banyak findings so still tak boleh nak menguatkan diagnosis aku. But it's okay, aku proceed. Selesai examine, aku lengkapkan history mana-mana yang lompong. Habis 1 jam, aku bergerak ke koridor wad dan tulis skrip. Tiba-tiba Dr S datang panggil aku dan bawa masuk bilik doktor. Present case. Nervousnya mashaAllah present depan Dr S ni. Dr tak interrupt langsung sampailah aku habis present. Mula discussion. Aku ni jenis nervous sampai blank otak. Habis soalan-soalan simple pun aku boleh lupa dan confuse. Suara aku pun takut-takut je nak keluar. Habis discussion, aku minta maaf pada Dr dan jujur beritahu yang aku nervous. Alhamdulillah lulus juga. Rezeki.

Diagnosis: Congestive cardiac failure.

3. Surgical posting
Clinical exam yang paling menakutkan sebab Dr N buat sistem cabut undi untuk examiner long case dan short case pagi hari yang sama sebelum exam. Faham tak perasaan nak exam tapi still tak tahu siapa examiner kita. Tak ready mentally. Cabutan dibuat dan seperti biasa, apa yang aku harapkan takkan jadi. Long case okay dah dapat dengan Dr N tapi short case dengan Dr W. Short case kottttt.

Dr N bawa kami berlima yang dapat long case dengan beliau ke katil pesakit masing-masing. Oh ye, exam surgery di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Suasana selesa sikitlah taklah sesak macam medical posting sebelum ni. Pesakit aku berada dalam bilik yang cuma ada 5 orang pesakit. Bila aku bercakap dalam bilik ni, semua orang dalam bilik tu boleh dengar apa aku cakap. Dan masa-masa aku clerking lah satu-satu doktor HO masuk untuk buat dressing pesakit katil sebelah. Terdiam sekejap aku sebab segan nak teruskan history taking depan doktor. Dressing lama pula tu sebab patient tu ada multiple carbuncles dan besar-besar saiznya. Dah tu, masuk pula student physio dari satu universiti dengan physiotherapist hopsital untuk check patient aku. Sambil-sambil aku clerking, diorang tumpang dengar kat situ. Malulah juga tapi sebabkan exam, aku terpaksalah ignore rasa malu tu.

Selesai clerking, aku tinggalkan patient dan cepat-cepat rangka ayat untuk presentation. Aku agak tak sabar untuk selesaikan long case sebab bagi aku dignosis patient ni agak jelas dan case ni aku sempat present pada Dr R. Cara Dr R terangkan sangat mudah untuk aku faham.

Dr N muncul dan aku volunteer untuk present dahulu. Presentation dengan Dr N tenang je, tak stress pun. Sama macam masa aku present short case pada Dato' S (EOP posting IM). Ada masa rasa macam discussion je. Boleh gelak-gelak dan tanya soalan balik pada Dr.

Diagnosis: Right colon cancer

4. Obstetrics & Gynaecology posting
Clinical exam ni biasanya aku nak jadi antara yang terawal namanya dipanggil supaya boleh selesai awal tapi nasib tak menyebelahi dalam exam posting kali ni, aku termasuk dalam kumpulan akhir yang dipanggil. Tiba giliran aku untuk short case dahulu dengan Dr H. Patient aku tiba-tiba tak boleh dijadikan short case disebabkan patient tu dah nak dibawa masuk ke bilik bedah. Dr H pun pergilah mencari case lain. Dalam beberapa minit selepas tu dapatlah juga patient seorang untuk aku. Aku rasa aku perlu cerita short case  exam O&G ni walaupun tajuk entry adalah 'long case' sebab short case O&G ni aku paling gugup walaupun steps examine semua aku boleh buat. Aku terlalu gugup sampaikan nak kira EDD, sebulan aku boleh kira 7 minggu hahaha. Dr tak bagi aku tulis, kena kira dalam kepala. Kiralah berapa kali pun memang salah. Memang meminta digagalkan lah masa tu. Tapi bersyukur jugalah Dr H sabar je guide aku sampai dapat tenangkan diri dan kira EDD dengan betul. Lepas daripada soalan EDD tu alhamdulillah lancar je. Syukurr. Diagnosis short case aku; uterus larger than date.

Selesai short case, aku kena menunggu lama sebelum dipanggil untuk clerk long case. Dan bila dah dipanggil, rasa malang betul dapat patient katil belakang hujung wad tu ha. Biasanya yang belakang-belakang tu, patient yang berlaku pendarahan, yang tak boleh student examine. So, faham-fahamlah aku tak pernah clerk hahaha. Bincang dalam PBL je. Masa ni, rasa PBL sangatlah membantu.

Clerking tak sampai 1 jam, memang betul ni patient placenta praevia type 4 (berdasarkan apa yang patient bagitahu) yang mana berlaku pendarahan seawal 32 minggu kalau tak silap aku. Kebetulan patient aku ni bekerja sebagai nurse, jadi mudahlah sikit flow clerking aku. Dia tahu apa yang perlu dia cerita. Habis clerking, macam biasa aku ke koridor wad untuk lengkapkan skrip. Lama juga masa ni aku tunggu Dato' K untuk aku present long case ni. Kawan-kawan aku yang lain kebanyakannya dah selesai exam dan dah keluar daripada wad.

Sampai masa untuk present long case depan Dato', masa ni aku dah tenang sikit hasil daripada menunggu lama. Sambil-sambil present, Dato' selitkan soalan-soalan. Ada je soalan yang tak pernah dengar tapi Dato' tanya. Memang jujur jelah tak tahu. Selesai present history patient, Dato' tanya aku examine patient atau tak. Sumpah aku lupa nak buat general examination sebab dalam kepala asyik fikir "student tak boleh examine patient placenta praevia". Habis kena perli dengan Dato', "Why you don't examine her? Because when you touch her eyes, it may cause bleeding?" Buat-buat gelak jelah masa tu. Disebabkan tak examine sebelum present makanya kenalah examine depan Dato'. Takde findings pun. Sebelum Dato' lepaskan aku, sempat lagi Dato' tanya beberapa soalan. Haih.

Diagnosis: Placenta praevia at 36 weeks of pregnancy

Alhamdulillah lulus semua posting tapi aku tak tahulah ilmu apa je yang tinggal dalam kepala ni. Doakanlah saya dan kawan-kawan terus lulus semua posting termasuklah professional exam 2.0 tahun 5 nanti. Doakan juga kami jadi doktor yang betul-betul faham apa kami belajar dan jadi doktor yang selamat. Terima kasih.

p/s: entry ni sangat lama tersimpan disebabkan aku asyik takde masa untuk mengarang dan bila ada masa rasa malas melampau-lampau, syukur siap juga

Comments

Popular Posts