Our Final Professional Exam Journey!

Lama sangat ni tak menulis kekok ye rasanya. Tapi nak tulis jugak sebab rasa rugi kalau tak tulis berkenaan final professional exam yang baru je 10 hari berlalu (20-23 September 2021). Kalau tak tulis nanti lupa moment moment ni.

Warning! Post ni banyak sangat mengeluh sebab.. takde sebab pun maybe memang suka mengeluh kot astaghfirullah. Tapi basically inilah keluhan keluhan kami satu batch. Dan another warning, this gonna be a very long post, banyak benda nak cerita. Ni kalau borak depan depan ni lagilah panjang kita cerita HAHAHAH. Lagi satu warning, post ni banyak sangat rojak bahasa, sorrylah kalau terganggu.


......


Journey kami nak sampai ke pro exam ni ya Allah sangat sangatlah mencabar. Second last posting which is psychiatry kami sempat lebih kurang 2 minggu je untuk buat attachment di wad psikiatri HTAA. Memang hampir setiap hari pergi ward dan clerk cases. Penuhkan logbook siap siap sebelum balik kampung untuk cuti raya. Alhamdulillah berkesempatan untuk attend satu ECT (electroconvulsive therapy; induce generalized tonic clonic seizure by electrical stimulation pada otak patient). Early May 2021 balik kampung. 13 May raya then sambung kelas psy online sampailah 22 June exam posting psychiatry. Online jugak. 



Attachment psychiatry ward. P/s maafkan tudung saya yang tak behave tu

Sebelum masuk OT (bilik bedah) untuk observe ECT

Me and Yana in scrub

Our last day in psychiatry ward before balik kampung for raya

Then untuk last major posting which is surgery ingatkan dapatlah balik ke kampus untuk kelas face to face tapi keadaan masa tu tak mengizinkan. Kes covid naik dan kami terpaksalah teruskan kelas online untuk surgical posting. Masa ni dah start anxious teruk. Pro exam dah dekat, surgery ni pulak major posting tapi masih lagi duduk rumah. Faham faham jelah mood study kat rumah macam mana. Ya Allah stress sangat masa ni fikir pasal study. Faham tak kita nak study tapi takde mood dan end up study gitu gitu je. Hari hari palpitation, hari hari rasa nak nangis dan resah tak tentu hala. Tak suka sangat bila kena macam ni.


First online class dengan Dr W, I need to present one long case. First class wehh hahaha nervous teruk. Tapi masa tu pilih case simple je, direct case appendicitis. Itu pun guna case masa year 3 je. Online lah katakan. Lepastu Dr kata ni case cap ayam je ni. Lepas ni kena pilih case yang bagus sikit. Huu sedih baru first day dah kena. Online class masa ni rasa teruk sangat, macam selalu sangat kena marah. Dengan Dr W, Dr P lagi. Rasa macam Dr tak suka kita sangat sangat. Lepastu pernah nangis sekali lepas kelas sebab setiap kali Dr tanya soalan, kita try jawab tapi asyik kena marah je. Terus nekad lepastu taknak jawab apa apa dah nak diam je haha. 


Punyalah lama tunggu bila boleh balik kampus sampailah bulan 8. Barulah kolej keluarkan arahan final year students untuk pulang ke kampus. Balik Kuantan 2 Ogos, quarantine for 10 days then baru boleh start clinical. Tapi students tak boleh ke HTAA, almost semua ward jadi ward covid so risiko sangatlah tinggi. Dahlah nak pro exam, tiba tiba jadi apa apa tambah masalah lain pulak. Jadi ke Hospital Pekan lah kami. Ingatkan seminggu je clinical untuk habiskan surgical posting then boleh attach untuk other postings tapi malangnya surgical posting extend sampai 2 minggu lebih. Dekat sangat dah tu nak pro exam. Eop surgery on 2 September. Pro pulak 20 September. Takde consideration untuk postpone pro pun sedihh betul. 


Sempatlah jugak celebrate birthday Aini masa masa busy nak exam tu

First day di Hospital Pekan

Bedside

Balik. Rasanya setiap hari dalam perjalanan masing masing tidur. Yelah dalam bas sejam satu hala.


 

Baca chest xray

Try try baca ECG pulak

Berlalulah hari hari kami di Hospital Pekan sampailah tiba tiba 23 Ogos pagi pagi kami sampai di ward dapat tahu ada seorang staff dan seorang patient yang positif covid. Makanya kami jadi close contact 2 (cc2) dan kena buat pcr test termasuklah lecturer. So tak jadilah buat ward work hari tu. Pergilah buat swab di PKD Pekan dan mula kuarantin untuk 14 hari. So kiranya tamat kuarantin 6 September, minggu eop surgery. HAHAHAH ya Allah macam macam ye. Dan masih tiada consideration untuk postpone exam. 


Hari yang tiba tiba kena swab, seronok ye semua

Sempat bergambar sebelum bergerak ke PKD

Dapat gelang pink

Lupa nak cerita, masa kelas kat Hospital Pekan dengan Dr P, pernah sekali nangis sebab Dr punya ayat pedas gila. Sedih sangat kena perli teruk macam tu. Bukan salah kita kott. Okay malas nak ingat. Yang pasti, sepanjang 5 tahun belajar medic, dua kali ni je menangis sebab Dr. Masa pre clinical ada sekali kot tak ingat sangat. 


30 Ogos repeat swab. 1 September dapat result alhamdulillah semua negative. So hari yang sama dah boleh potong gelang pink dan sambung clinical attachment kat Pekan.


Second swab, sakit do'oh kali kedua ni

Potong gelang yey

Oh ye btw saya seronok dapat second dose AZ awal sikit before tarikh asal in october lama gila nak tunggu. My first dose was on 21 July, received my second dose on 3 September at KK Kurnia. 


Completed 2 doses

2 September eop surgery untuk theory. 7 September clinical exam.


Nak bagitahu, kita happy sikitlah exam clinical kali ni walaupun tak proper sangat sebab the day before exam kami still boleh masuk ward so dah tahu case. Dah clerk siap. 


Happy sebab dapat compliment daripada Dr W, one of the lecturers yang kita sangat takut okayy. Bila depan Dr auto tremor, panic, stuttering. But alhamdulillah time exam agak tenang walaupun masa tu tak expect dapat long case dengan Dr W. Ada lah jugak few questions tak dapat jawab and asyik pusing pusing situ je jawapannya. Tapi end of assessment Dr kata, "Baguslah Sakinah". Dan Dr bagi advices sikit lepastu. Happy teruk masa ni. Berlari ye balik ke ward HAHAHAH. Masa tu terus berharap dapat long case surgery untuk pro but at the same time risau Dr expect tinggi lepastu tiba tiba kita buat teruk lepastu takut kena marah. Begitulah life as a medical student, asyik takut kena marah je. Short case pulak dengan Dr P. Okay je Dr rushing masa ni so tak banyak benda nak kena buat. 


Post clinical exam surgery

Habis eop. So bolehlah focus clinical untuk postings lain yang dah lama ditinggalkan tu. Eh tapi rupa rupanya tidak ye. Posting surgery still extend dua hari lepas tu. 

Then masa masa dah tinggal 11 hari nak pro exam, masa ni jugaklah lecturers semua nak buat intensive class ya ampun. 13 September class O&G dengan Dr H. Gigih pergi Pekan lagi time ni. Hari yang sama kami ada meeting untuk briefing pro exam. Lambat sangat dah sebenarnya haha. 


O&G class

14 September class ortho. Pagi dengan Dr Y dan petang dengan Dr N dan Dr K. Masa nilah baru rasa betul betul kelas ortho. Sebab group kita posting ortho online je sedih kan? Dalam masa satu hari baru belajar semua benda penting untuk exam. Petang tu buat short case; leg length discrepancy and anterior cruciate ligament tear. 


Post ortho class

17 September O&G class dengan Dato K. Present 2 long cases and I were one of the presenters. Masa ni pun seronok sikit sebab present okay je and Dato kata "She already seems to know what to anticipate and how the questions go." Terus rasa macam nak dapat long case O&G untuk pro pulak haha. 


18 September surgical class dengan Dr W. Taklah kelas sangat, basically Dr just share apa yang penting untuk pro je. And lagi sekali Dr puji kita. Happy pulak ye dekat dekat nak exam ni hihi. Bukan sebab bangga depan kawan kawan cuma rasa honored sangat sebab Dr W ni Dr yang kita takut so rasa macam tak expect langsung untuk dapat pujian daripada beliau. Begitulah. 


Tinggallah sehari sebelum pro exam. Berdebar teruk sangat masa ni.


20 September start hari pertama exam. Theory untuk medical based. Esoknya theory surgical based. Lepas je habis hari kedua terus rasa macam taknak datang exam esoknya. Tak tahulah kenapa tapi hari kedua tu rasa teruk sangat. Dari awal pagi takde mood rasa nak marah nak mengamuk. Mood swing teruk. End up masa jawab meq tak focus. Dengan gelabahnya, dengan soalan yang berterabur lagi. Rasa macam okay cukuplah, tak pass kot. Esok takyah dah datang exam. Tapi bersyukur masih ada conscience untuk teruskan, masih ada kawan kawan yang support. Study sama sama untuk osce esoknya. Ya Allahh nak nangis sangat, perit sangat rasa nak habiskan exam masa ni TT. 


Esoknya osce, masuk dewan tengok dah siap setup untuk clinical esoknya. Fuh lagilah berdebar. Tapi takpe kita habiskan osce dulu. Alhamdulillah rasa soalan soalan osce agak senang dan boleh dijawab. Syukur sangat sangat. 


Sampailah hari terakhir exam, 23 September 2021. MashaAllah rasa nak tercabut jantung. Clinical exam ni bila je tak menakutkan. Dari awal year 3 ada clinical sampailah pro, masih menakutkan. Pro dahlah ada external examiner, lepastu short case sampai 3. Gila tak takut.


Dari awal sebelum exam selalu minta doa from family untuk dapat long case surgery (surgery tau bukan surgical based sebab taknak ortho haha). Tapi malam before clinical tu tukar doa minta O&G pulak haha. Berbelah bahagi betul perasaan. Lepastu confuse lagi nak medical ke surgical untuk long case. Rasa macam nak long case surgical sebab long case 80% markah untuk clinical so boleh perform sikit kot. Tapi dalam masa yang sama risau short case medical based nanti Dr tengok kita ni banyak sangat tak tahu haha. Tapi short case 10% je hahahaha faham takkk perasaannya. Lepastu kita ni tak berapa pandai cns (brain and spinal cord) so memang selalu doa kalau boleh taknak langsung jumpa cns masa exam. Selalu cakap, "Aku takkan guna tendon hammer, neuro kit ni sebab tak dapat case cns pun", pastu gelak gelak haha. Alhamdulillah memang tak pernah jumpa since year 3 sampailah year 5. Masa exam jelah, masa bedside memang tak boleh elaklah kan.


So pagi hari clinical exam tu, biasalah nervous. Masuk bilik kuarantin tu masing masing masih dengan notes dan discussion. Fakulti sediakan breakfast tapi tak jamah sikit pun. Takde selera nak makan. Kita batch kedua untuk long case. Sebelum usher bawak ke patient masing masing, kami perlu draw number untuk patient. Takdelah draw sangat, kitorang pilih je kot number tu. Kita dapat number 4 means surgical based untuk long case. Alhamdulillah.



Usher pun bawaklah ke patient. Sampai sampai kat patient, first sentence yang kita akan cakap kat patient is, "Saya nervous nak exam ni." HAHAHAH ni memang script setiap kali clinical exam. Taktahulah kenapa dah jadi routine. Lepastu tanya puan sakit apa ye? Thyroid. Oh okaylah thyroid. Walaupun tak berapa focus but okaylah. History patient ni pun simple je tak berapa complicated. Tapi ya Allah masa clerk patient ni kita lupa diri betul ye, banyak berborak macam jumpa sedara mara. Patient ni anaknya boleh pulak satu uni dengan adik kita, satu course lagi. Haha. Borak borak tahu tahu usher datang inform tinggal 30 minit. Omg history of presenting illness baru separuh. Terus gelabah clerk dan buat physical examination laju laju. Lepastu prepare questions yang akan ditanya. Tanya patient, ada lagi tak saya tertinggal? Patient tu manalah tahu haha alahai. 


Habis sejam clerking, usher pun panggil bawak ke bilik examiner. Omg dapat Dr W lagi sekali. Dan Dr H. Masa tu perasaan bercampur baur, risau tak meet expectation Dr tapi seronok sebab takde external examiner tapi still takut. Disebabkan nak kurangkan nervous konon kononnya, kita pun buat buatlah nak berborak dengan Dr W sebelum start exam tu. Dr W and Dr H keluar bilik masa tu. So pura puralah tanya tadi case apa Dr. Oh surgery jugak, saya pun surgery jugak, Dr. Ye begitu.


Okay dah masuk dalam bilik Dr. Bagi salam. Duduk. Start baca history. Sambil sambil tu buat eye contact dengan Dr. Sampailah physical examination, Dr W bawa jumpa patient semula. Fuh berdebar ye saya. 


Depan patient, terus buat tapi one thing slack awal awal ni was exposure. I were totally forgot to expose properly. Dr tegur, "Is this how you expose the patient?". Terus tanya patient boleh tak nak expose betul betul bahagian leher ke dada but luckily baju patient memang tak boleh nak unbutton so Dr okay je. Tapi kena tahu by right how to do proper exposure. Examine patient sampailah nak measure the mass Allahu menggigil teruk ye tangan ni haha. Rasa kelakar sangat masa ni. Tapi takpe kita teruskan aje. Then buatlah sampai habis. Balik semula ke bilik exam. Sambung sikit discussion and habis. Sebelum keluar tu sempat pulak buat benda kelakar sampai Dr pun gelak. Haha aduh nervous punya pasal. Then masuklah ke bilik kuarantin. 


Short case sambung petang tu pukul 2 ke 2.30 macamtu. Sempatlah study study sikit borak borak. 


Disebabkan long case dah dapat surgical based maka short case kita medical based (paeds & medical) dan lagi satu either O&G atau ortho. Sumpah taknak ortho masa ni haha. 


Sambil tunggu turn short case, Dr K masuk bilik kuarantin borak borak jap. Dr kata, "Tinggi betul markah Dr W bagi kamu. Saya rasa macam nak potong sikit." Haha Dr janganlah begitu. 


Sampai turn kita untuk short case. Usher bawa ke depan bilik examiner. Masa tu bersyukur sangat dapat tiga tiga internal examiners. Semua lecturers yang baik pulak tu. Dengan Prof J kita siap boleh bawak borak. Baik sangat Prof nii. 


Tapi masalahnya Prof J ni surgeon so sepatutnya kita tak boleh dapat case surgery lagilah kan. Haa sudah Dato S cakap kena tukar ni. Dato S pun bawaklah ke ruang exam tempat patient tu. sampai kat satu katil, Dato S suruh kita tukar pergi ke group examiners yang ada Dr S omg nangiss. Wehhh hahaha elok elok tak jumpa Dr S tiba tiba kena short case dengan beliau pulak. Terus hilang otak guwe masa tu. 


Short case malas sikit nak cerita sebab nervous tak boleh bawak bincang haha. Tapi yang kelakarnya, setiap kali nak start touch patient, sanitizer mesti tak ada atas meja. So kita mintalah kat Dr, "Can I get a sanitizer?". Kali pertama tu Dr S pergi carikan. Second time, minta lagi lepastu Dr S kata, "Can you get by yourself? Asyik suruh aku je." Hahaha sorry Dr. Tapi Dr gelaklah masa tu, tak marah pun. 


Then habis. Masuk bilik kuarantin, rasa macam semua orang kata short case masing masing teruk. 



So these are my cases untuk pro ni:


Long case: Non toxic multinodular goitre

Short case:

1. G2P1 with 1 prev cser, discussion mostly on how to consult for mode of delivery (vbac)

2. B thalassemia major with hepatosplenomegaly and bronze skin

3. Down syndrome with machinery murmur suggesting pda


Petang petang sementara tunggu result

With one of our usher, Dr Hameed

Petang tu sementara tunggu announcement result, sempat bergambar siap siap satu batch. Naik atas bergambar kat court. Turun bawah bergambar dalam dewan. Ewah macam dah confirm lulus lol. 



Around 6.30 pm rasanya baru kami dipanggil masuk ke bilik senat untuk announcement. Berdebar dan tangan sambung balik menggigil haha. Tak habis lah Sakinah ni dengan menggigilnya. 


Dan alhamdulillah lulus! Happy sangat! Happy sampai seharian tak makan. Balik lewat hari tu around maghrib. Lepastu malam tu pun tak makan.


Right before announcement. P/s dari manalah agaknya dapat kekuatan nak senyum masa ni


Muka masing masing tegang ye


Macam ni lah situasi masa announce result tu, tak sangka markah kita akan ditayang depan semua orang

Terima kasih semua orang yang baik baik yang sudi doakan saya dan kawan kawan. Big thanks too to my parents, siblings, family, lecturers and friends. Kawan kawan yang sudi sama sama study dengan saya. Anda semua baik sangat!


With my groupmates for 2 years, thank you guys!

And lastly with my beloved housemates

Sekian cerita perjalanan nak pro exam ni. Macam macam jadi. But surely gonna miss the moments. Sedihnya. Sekarang pun dah sedih ramai yang dah tinggalkan Kuantan. Tinggal berdua je dengan Aini sobs. Lepastu bosan berdua haha. 



Okay sekian.

Comments

  1. Woww..bestnya even nampak stress..btw susah x akak nak hafal terms2 medical yg cam pnjng2 tu๐Ÿ˜‚n time borak2 ngn prof biasanya speaking ke malay2 kak?๐Ÿ˜‚inquisitive๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha best lepas habis study lah kot. Untuk medical terms tu, awal awal lah kot susah tapi by the time slowly kita dah biasa dengan those terms okay je kot. Borak dengan prof/Dr biasanya malay je, during lecture/class je biasanya guna english ๐Ÿ˜Š

      Delete
    2. Unless lecturer luar of courselah borak in english ๐Ÿ˜

      Delete

Post a Comment

Popular Posts