17 Perkara tentang Masyarakat Orang Asli di Kampung Leryar, Cameron Highlands.
28.12.2016
Rabu
Perkara baru dan baru saya tahu tentang masyarakat orang asli Kampung Leryar, Cameron Highlands.
1) Mereka ada bahasa tersendiri.
Benda ni sepatutnya semua orang tahu tapi mungkin saya terlalu mengatak di bawah tempurung, maka benda seasas ini pun saya tak tahu. Turun sahaja dari bas, saya pelik dengan pertuturan mereka. Sangka saya, telinga saya yang tersalah dengar, tapi rupanya memang bahasa mereka yang berbeza. Dan bahasa orang asli juga berbeza beza antara satu kaum dengan yang lain. Oh ye, orang asli yang kami lawat di Kampung Leryar ini merupakan kaum Semai. Nak tahu lebih lanjut, sila google.
2) Kebanyakan rumah ada astro.
Ini memang membuatkan saya kagum. Sila ucapkan wahh.
3) Perkara yang agak pertama saya lihat, anak anak di sini ada yang masih tidak memakai selipar. Mungkin kesedaran mereka tentang kesihatan dan kebersihan masih cetek. Maka, inilah fungsi badan badan sukarelawan seperti kami; untuk memahamkan mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan.
4) Anak anak di sini memang sangat aktif dan agak susah untuk dikawal. Nak kawal mereka, perlu ada cara. Dan kalau salah cara, memang habislah kita diumpat dengan bahasa yang tak kita fahami. Satu situasi yang saya kira boleh jadi gambaran kepada tahap keaktifan mereka ni adalah apabila ada seorang budak lelaki yang kakinya dah luka teruk (teruk sampai kena beberapa jahitan oleh doktor) akibat terlalu lasak tapi masih boleh terus bermain dan tak hiraukan luka di kaki. Hanya mendapat rawatan setelah ada orang perasan kakinya yang luka. Contoh lain ialah apabila kita sedang duduk duduk, tiba tiba datang anak anak ini dan memanjat badan kita dari belakang sampai kita nak terjatuh dan tak hirau susah payah kita untuk bangun semula melainkan mereka terus bergayut di belakang.
5) Budak perempuan lingkungan umur 12 dan ke atas agak sombong dan tak mahu bergaul. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Bukan malu, tapi sombong sebab jawapan disertai dengan muka masam dan suara yang keras seolah olah kami ni menyibuk.
6) Anak anak perempuan di sini juga sangat suka bersolek dan berfesyen dengan gaya yang bersangatan dan tak pernah kami lihat. Kami yang datang ni pun dengan 'bare faces' dan tak menyempat nak 'touch up' walau dengan bedak asas.
7) Bagi sesiapa yang akan melawat kampung Leryar ini, sila pergi ke surau. Di bahagian belakang tempat solat wanita, ada sebuah almari kecil dan padanya terconteng nama 'Sakinah'. Bukan saya yang conteng, memang tulisan tu dah ada okay.
8) Kampung ni memang sangat sejuk waktu malam. Jadi, kalau berniat nak menginap di situ, bawalah selimut, sweater dan alat alat menghadapi kesejukan yang melampau.
9) Anak anak (baca: kanak kanak) di sini peramah dan sangat suka menyapa dan berkenalan. Mereka akan datang dan bertanya soalan asas seperti "Siapa nama akak?" sehinggalah soalan tak masuk akal seperti "Akak dah ada isteri?" (Ye sepatutnya suami tapi mungkin dia fikir isteri tu adalah pasangan tak kira lelaki mahupun perempuan).
10) Ini penting. Rumah mereka bukan lagi rumah kayu, tapi rumah batu setingkat seperti rumah orang estet cuma kecil sedikit. Rumah rumah mereka juga tersusun dan comel.
11) Kebanyakan kanak kanak di sini tahu asas asas solat seperti berwudhu', bacaan dalam solat, niat solat, Alfatihah dan surah surah lazim. Cuma mereka tak amalkan dan cuma solat bila ada sukarelawan yang datang. Ini mereka sendiri yang beritahu.
12) Pemandangan di kampung Leryar ini sangat lawa. Subhanallah. Banyak juga tempat yang sesuai untuk 'shooting' sehingga penuh memori fon. Kah.
13) Tiada line. Jiwa harus kental hadapi situasi ini. Line ada kadang kadang yang terlalu jarang seperti pada waktu tengah malam sewaktu semua orang dah tidur dan tak tengok fon dan waktu subuh sewaktu orang sedang sibuk di surau.
14) Ada budak yang takut makan ubat yang sebenarnya adalah vitamin. Langsung tak tergoda walaupun kawan kawan dia yang lain semua makan vitamin tu dan kata sedap sampai ada yang makan lebih daripada satu.
15) Mereka suka tangkap gambar. Ada seorang budak namanya Sajuria, ketika itu dia sedang merajuk. Saya tak tahu sebab apa tapi bila saya pujuk dengan cara "jom tangkap gambar", terus sahaja dia kembali riang dan tak sabar sabar suruh saya ambil fon yang saya simpan dalam beg di tadika.
16) Yang ini saya tak berapa pasti, tapi saya dan kawan kawan rasa mereka ni tak berapa gemarkan sardin. Mungkinlah sebab ketika kami sediakan sardin sebagai makan tengah hari, ada yang tak mahu makan. Dan ketika kami sediakan nasi goreng sardin untuk sarapan, ada yang bertanya dalam nasi tu ada sardin atau tak? Dan menolak untuk makan sebaik saja tahu itu adalah nasi goreng sardin. (Sedap kan nasi goreng sardin)
17) Di sini ada azan. Tok batin yang namanya Kapas bin Pancing sendiri yang azan. Subuh pun dia azan. Sedap suaranya.
Sukarelawan dari PEMBINA, Aman Palestin, I-Medik dan PERDAMAS serta Tok Batin Kapas |
Sesi medical check-up (team farmasi) |
Team rewang |
Dari kiri : Sajuria, Julainia, Balqis, Fairuz Hazirah, Shuhada, Fairuz Haqila |
Aktiviti sukaneka di gelanggang futsal |
Assalamualaikum. Menarik perkongsian ini. Kami inshaAllah ingin buat program disana tapi tak tahu keadaan disana macam mana. Boleh ke saya nak dapatkan contact number awak untuk bertanya dengan lebih lanjut. Terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. InshaAllah boleh boleh. 0138503414 ni no saya ye.
Deletealhamdulillah,,saya telah menjejak kaki disini bersama team UTHM tahun ni...tempat memang sangat cantik...
ReplyDeleteAlhamdulillah cantik dan tenang sangat tempatnya ๐
DeleteAssalamualaikum... Tahniah dan terima kasih di atas perkongsian ini. Saya dan team saya berminat untuk buat program sempena bulan puasa di Kampung ini. Boleh sy dptkan contact number saudari utk bertanya lebih lanjut berkaitan dgn kampung ini. Terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumussalam dan terima kasih ๐Boleh. Ni no saya 0138503414.
Delete