Jalinan Mesra Kampung Sungai Berjuang, Jerantut

070517

Ahad

Suasana serta persekitaran Kampung Sungai Berjuang, Jerantut amatlah berbeza kalau nak dibandingkan dengan Kampung Leryar yang kami lawati tempoh hari. Paling jelas dah tentulah kebersihan. Barulah saya faham kenapa ramai yang kata masyarakat orang asli di Kampung Leryar adalah yang paling pembersih dalam banyak-banyak kampung orang asli.

Kawasan persekitaran rumah, dalam rumah dan itu belum lagi kalau kami jelajah satu kampung, mungkin akan ada banyak lagi yang buat kami rasa masih terlalu besar perubahan yang perlu dibuat pada kampung ini.

Di sini juga, mereka penduduk kampung ini masih terbiasa dengan kehidupan bersama anjing (mereka semuanya muslim). Merata anjing berkeliaran. Cuma tak liar dan anjing-anjing ini yang takutkan manusia. Lagi-lagi bila Azzam, anak Dr. Mukmin dan Dr. Sakinah yang baru berumur 2 tahun sibuk mengejar anjing-anjing di situ. 

Cukup berkenaan kebersihan, anjing dan perbandingan.

Untuk program kali ini kami taklah terlalu bergaul dengan masyarakat di kampung ini disebabkan slot kami yang sipi-sipi di penghujung program; Medical Checkup, pembahagian ubat-ubatan serta pembahagian baju-baju yang disedekahkan oleh banyak pihak. 

Bertolak dari Kuantan lebih kurang 11.30 malam hari jumaat. Tiba di Temerloh pada pukul 1.30 pagi, kami bermalam di rumah Dr. Mukmin dan isteri, Dr. Sakinah. Dan mula bergerak pagi keesokannya pada 7.50 pagi. Konvoi 4 buah kereta dari tim I-Medik, dan kami satu-satunya kereta yang dipandu oleh perempuan dan seisi penumpangnya adalah perempuan. Bayangkanlah, kami yang sentiasa berada di belakang dek tak terkejarkan doktor-doktor di hadapan yang memandu seperti sedang berlumba kereta. Lajuuu Mashaallah.

Sesampainya di Kampung Sungai Berjuang yang bertempat di Jerantut ketika terik dah mula menyimbah, ahli sukarelawan lain yang mewakili PERDAMAS, Kolej Komuniti Jerantut dan IPG sedang bertungkus lumus dengan pertandingan memasak yang mereka adakan. Ada juga sukarelawan lain yang sedang jalankan pemeriksaan gigi, tunjukcara memberus gigi serta pemeriksaan kesihatan.

Kami pula wakil I-Medik, para doktor lelaki mula menyusun atur meja-meja khas untuk medical checkup serta ubatan yang dibawa. Sebahagian dari kami yang perempuan ini, mula berurusan dengan pakaian yang kami bawa serta pakaian yang dikumpulkan oleh Kolej Komuniti Jerantut atau IPG (saya tak pasti) yang jumlahnya jauh berganda-ganda daripada apa yang kami bawa. Terlalu banyak. Apa yang saya dengar, orang asli ini tak terlalu tahu untuk menggunakan pakaian-pakaian sebanyak itu. Sebelum-sebelum inipun banyak yang dibuang dan akhirnya berlonggok di surau sebelum mendesak Ustaz Khairulnizam, pengasas PERDAMAS untuk membakar keseluruhannya.

Sementara doktor-doktor senior membuat pemeriksaan kesihatan, saya dan kawan-kawan masih sibuk dengan pakaian sedekah. Yang akhirnya tak mampu kami uruskan kesemuanya. Kami pun bergerak ke meja doktor dan mula mengasingkan ubatan dari sampul. Masa-masa macam ini, kami lebih banyak memerhati.

Disebabkan program untuk kali ini bukanlah perkampungan seperti di Kampung Leryar, maka saya akui saya kurang kenal penduduk kampung ini. Kurang berinteraksi. Kurang masa. Kurangnya saya dalam menyelami kehidupan mereka. Masa tak sepatutnya menjadi alasan. Yang kurang hanyalah saya.


Program berakhir dengan majlis penyampaian hadiah. Seterusnya seluruhnya dijemput untuk makan tetapi kami memilih untuk makan di luar kerana makanan yang disediakan mungkin tak mencukupi untuk penduduk kampung serta sukarelawan lain yang ramai. Kami pun keluar dari kampung selepas masuknya waktu zohor (azan bergema dari surau kampung ini) dan seperti biasa kereta kami jauh ketinggalan di belakang.

  
    Kami bersama Dr. Akma yang post-call menyusun baju-baju
Ada banyak lagi pakaian yang tak mampu dimuatkan dalam kamera

Bersama gadis-gadis kampung ini

Anak-anak ini diajar cara-cara memberus gigi
 
Dr. Hafiz, Dr. Akma serta sukarelawan lain sedang membuat pemeriksaan kesihatan

Medical checkup


Pemeriksaan gigi



Pertandingan memasak

Medical checkup



Wakil Team I-Medik (perempuan)

Kami yang masih bergelar pelajar tahun satu perubatan ;)

Comments

  1. hai doktorr!!!
    visit my blog aininazri.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts