HospiV dan Senior 💕
270617
Rabu
Masih berkenaan program. Dan masih berkaitan Hospital Visit (hospiV) di htaa. Cumanya, kali ini dianjurkan oleh i-Medik kuantan dengan kerjasama Persatuan Nadwah Islamiah Pahang.
Pagi-pagi lagi, kami serumah 6 orang serta kak Qama dan Fareena bertolak ke htaa. Untuk program ini, saya sangat gembira dan bersyukur kerana kawan-kawan serumah saya turut serta dan sememangnya saya suka kalau kami semua dapat merasai pengalaman berprogram bersama-sama seperti program di kampung Leryar tahun lepas.
Setibanya di htaa, kami diberi beberapa taklimat yang diakhiri dengan sedikit sesi bergambar. Naik ke wad beramai-ramai (ye kali ini kami sangat ramai berbanding HospiV yang lalu bersama umg), dan mulalah sesi menziarahi pesakit dari satu katil ke satu katil. Akan ada sedikit tazkirah disampaikan oleh sukarelawan lelaki sebelum sumbangan diberikan kepada pesakit.
Walaupun kami ramai, Alhamdulillah saya masih berpeluang menyerahkan beg sumbangan dan beramah mesra sedikit dengan ibu pesakit (paeds surgery ward). HospiV sebelum ini sedikit sebanyak membantu saya untuk berkomunikasi dengan pesakit mahupun keluarga pesakit. Sedikit sahaja. Skil masih kurang.
Seterusnya, kami bergerak dari satu wad ke satu wad sehinggalah akhirnya kami ke unit rawatan paliatif. Suasana di wad ini agak sayu. Lagi-lagi apabila kami bersama seorang makcik yang setia menemani suaminya yang sudah uzur di atas katil wad. Sedang berbual-bual tentang suaminya, air matanya perlahan-lahan menitis. Terus saya berpaling dek tak tahan menonton kesayuan yang ada di depan mata.
Wad paliatif adalah tempat terakhir yang kami ziarahi. Program diakhiri sekali lagi dengan sesi bergambar.
Setelah sukarelawan lain pulang, kami pelajar tahun satu dibawa menjelajahi seluruh hospital oleh senior tahun akhir. Bermula dengan labour room ke wad gynaecology ke wad ortopedik seterusnya ke wad surgeri. Banyak yang saya rasa saya masih belum tahu. Rasa inferior sangat masa ni.
Bergerak dari satu pesakit ke satu pesakit, semua kes mampu dibincangkan oleh kak Qama. Memang layak sangat dah grad gayanya ni. Bangga ada senior seperti kak Qama.
Sebelum pulang, kami sempat membuat sedikit ujian refleks pada diri masing-masing. Dan sedihnya saya masih tak ada sebarang refleks apabila tendon hammer diketuk pada tendon. Hm.
Perjalanan kami dengan senior pun selesai. Terima kasih banyak kak Qama. Sayang kak Qama. Lepas grad nanti, please jangan lupa kitaorang. Sedihnyaa satu batch senior dah nak grad. Moga terus sukses dan doakan kami yang baru setahun jagung.
Habis program, kami sekelas bergerak pula ke Taman Gelora untuk penggambaran video gimik dinner (saya tak masuk video pun, risau terlalu femes) Ok sekian.
Comments
Post a Comment