Street Dakwah and Hospital Visit
220617
Khamis
Lamanya rasa tak update blog fuh. Jadi harini nak coret sesuatu lah yang harapnya bermanfaat untuk diri sendiri (diri sendiri je mampu k).
10 jun 2017
TERMINAL SENTRAL KUANTAN (TSK)
Street dakwah ataupun dakwah jalanan anjuran Usrah Muslimah Garden (umg)
Ini pertama kali sebenarnya saya join street dakwah dan pengalaman tu memang langsung tak ada. Jadi perasaan takut pada awalnya tu haruslah ada kan. Topik yang kami bawa adalah senyum.
Saya melangkah masuk ke kawasan menunggu dengan hati yang berdebar-debar. Lagi tambah berdebar tu bila pasangan saya adalah kak Umi. Yang saya tahu sangat petah berkata-kata dan hebat orangnya. Fuhh Bismillah jelah.
Sasaran kami yang pertama adalah dua orang wanita berjubah. Saya agak lega kerana masa ini kami berpecah (walaupun sebelah sebelah). Saya dengan wanita yang di kiri dan kak Umi dengan wanita yang di kanan. Bolehlah lancar sedikit pertuturan saya yang diakhiri dengan pemberian sedikit sumbangan untuk berbuka puasa tanpa diperhatikan kak Umi haha.
Selesai beberapa orang, kami teruskan mencari orang dan berhenti di hadapan pasangan suami isteri. Dan masa ni, kak Umi suruh saya yang bercakap. Jantung saya macam nak luruh dengar permintaan kak Umi. Tapi muka tetap saya kawal supaya tak ketara nervous. Perlahan-lahan saya dan kak Umi mendekati pasangan ni. Saya pandang kak Umi dengan harapan dia faham yang saya nervous tapi kak Umi tetap nak saya yang bercakap. Nak tak nak, saya kena juga lawan perasaan takut dan mula dengan perkenalkan diri. Sampai kepada topik senyum, saya jadi gagap. Taktahu nak kata apa. Dan perkataan yang keluar dari mulut hanyalah "kak Umi" dengan muka minta simpati. Hahaha. Kak Umi jugaklah yang terangkan pasal senyum tu akhirnya.
Selepas pasangan tadi, saya dah okay sikit dan tahu nak cerita apa berkenaan senyum. Hasil tunjuk ajar kak Umi.
Dan street dakwah kami selesai dalam masa beberapa minit sahaja. Diteruskan dengan sedikit perbincangan dalam bulatan yang kami adakan di surau.
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (HTAA)
Hospital Visit anjuran Abim dan Umg
Usai solat asar di surau TSK, kami bergerak ke htaa. Wad yang kami lawati adalah wad surgeri perempuan. Di sini, perkara yang sama kami lakukan seperti di TSK, cuma bezanya kali ini kami berhadapan dengan pesakit. Yang mungkin kita semua tahu, perasaan mereka, emosi mereka, jiwa serta fizikal mereka tak sama dengan orang yang tidak sakit. Ada hati yang perlu dijaga bila berbicara dengan mereka ini.
Dan tambahan, bukan setakat sumbangan serta topik senyum yang perlu kami bawa, kami juga harus bertanya keadaan pesakit dan perlu menjadi peramah yang boleh untuk menyenangkan hati-hati mereka. Dan kalau mampu, selidiklah solat mereka. Macam mana solat? Cukup 5 waktu atau tak? Wudhu bagaimana? Dan macam-macam lagilah. Semuanya sebenarnya dah jadi tanggungjawab seorang doktor muslim terhadap pesakit.
Sekali lagi, saya kagum dengan kak Umi.
Waktu-waktu macam ni, saya sedar bahawa kerjaya doktor tidak terikat hanya kepada merawat malah sebenarnya jauh lebih besar daripada itu. Skil berkomunikasi juga sangat penting dan saya tahu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri saya sendiri.
MASJID NEGERI, KUANTAN
Iftar jamaie
Plan awal adalah berbuka di padang mpk, tapi cuaca tak mengizinkan. Hujan turun dengan lincah. Tapi satu hikmah yang kami nampak, ramai orang masuk ke masjid. Ramai yang beriktikaf malam tu.
Sewaktu saya, kak Umi, kak Ila, kak Min dan Yana tiba di masjid, ahli umg lain berserta abang Safwan yang membantu untuk hospital visit tadi semuanya dah selamat duduk dan berbuka. Kami tiba lewat sedikit dek sibuk mencari parking ditambah dengan jalan yang sangat sesak. Tapi Alhamdulillah sempat juga sampai tepat-tepat ketika azan sedang berkumandang.
Daripada program seumpama ini, lebih ramai senior yang dapat saya kenal selain belajar sedikit cara berkomunikasi dengan pesakit. Dan banyak lagi sebenarnya manfaat daripada program ini.
P/s : semalam balik shah alam, excited nak balik je tak excited pun nak raya. Susah sebenarnya jadi orang yang tak berapa suka raya ni huhu
Comments
Post a Comment