MEDICUS BOLLYWOOD NIGHT 2017
210717
Jumaat
Yaa sekarang baru ada masa nak cerita sikit pasal dinner
fakulti yang dah 13 hari berlalu. Not really a cerita but more to a kind of
appreciation post.
8 Julai 2017, tema yang telah dipilih adalah Bollywood. Yang
aku rasa ramai senior perempuan ternanti-nantikan tema ni. Mungkin disebabkan
tema ni adalah di luar budaya Melayu dan pakaian dan perhiasannya juga jauh
berbeza. Dan aku tak boleh nafikan yang aku sangat sangat sangat kagum dengan
semua orang. Waktu jaga pendaftaran tu mulut memang tak henti puji setiap
seorang yang datang kat kaunter. Itu yang serabut sikit pendaftaran masa tu
hahah. Semua layak menang Kajol of The Night lah malam tu. Lawaaa sangat (maaf
tertuju pada perempuan sahaja ngehehe, tapi hat laki pun inshaallah hensem
belaka).
Kalau nak cerita flow event memang sangat panjang. Belum
termasuk preparation sebelum event, konflik dalaman luaran, isu-isu panas
sebelum dan selepas majlis, proposal yang entah berapa kali tukar sebab bajet
berubah, tempat berubah dan banyak benda yang berubah. Macam-macam lagilah.
Memang tak cukup kudratlah agaknya nak menulis. Eloklah kiranya kita cerita
sikit-sikit saja untuk dibaca. Kalau nak baca panjang-panjang, semuanya ada
dalam blog Aini [ Majlis Dinner Bollywood Night ] dia memang sejenis yang gigih update blog siap berapa kali
masuk draft tah. Kita takde masa pulak nak tulis time by time macam tu hahaha.
Sungguh ni tak tipu yang aku nervous yang teramat sejak awal
preparation yang berbulan-bulan sebelum majlis dan kemuncak dia sampailah
minggu majlis berlangsung. Sampai tak lalu makan even perut lapar teruk sebab
banyak benda nak kena fikir dan nak kena settlekan. Awal-awal dulu memang
serabut dengan duit lah sebab pegang jawatan bendahari kan, tapi dah nak
dekat-dekat majlis, bab duit tu kena lupakan sekejap walaupun ada jugak satu
masa dalam minggu dinner tu muka tegang bincang bajet. Satu tu je sebab
masa-masa lain kita guna untuk fikir kelancaran majlis, cukupkan segala benda
even yang kecik-kecik yang mungkin orang tak perasan pun.
Rasanya hampir seminggu tu duduk dalam WCC dari pagi atau
lepas kelas habis sampailah ke pagi semula. Dan terharu sangat bila ada senior
yang sanggup datang WCC, stay sampai ke malam, tolong buat kerja dan bagi
supports. Setulus-tulus terima kasih!
Satu lagi yang buat aku terharu bila Dr. Shaik muncul malam
tu walaupun dia datang lambat sikit. Masa bagi invitation card, he honestly told us that he does not like crowd and we strongly assumed that he won’t come
to the event yet he made it. Setulus-tulus terima kasih!
Untuk doktor-doktor yang sanggup luangkan masa hadir and
being sooo sporting that night, tak kisahlah ikut tema atau tak, thank youu. Kehadiran
mereka dah cukup buat kami bahagia ececeh. Setulus-tulus terima kasih!
To all seniors who willingly put a huge effort to make this
event run smoothly especially from Wimed committees. Yang join gimik, sanggup
menari, jadi mc, turut serta sebagai ajk, turun WCC sama-sama, dan ada yang
stay kat dewan sebelum event sampai maghrib tergesa-gesa balik rumah bersiap
dan datang semula sebelum event mula pukul 8 malam. Yang tolong tenangkan aku
bila ada benda tak jadi hahaha kelakar kan. Yang risau bila kitorang belum
makan dan berkali-kali pesan suruh makan. Yang stay selepas majlis untuk
sama-sama kemas dewan, yang jadi ajk bidan terjun masa majlis dan semua yang
sudi spent your 55 ringgits for that memorable night. Thank you Regillus, Xanthrons, Prometheus and Tessera. Setulus-tulus terima
kasih!
Event Manager, Kak Syera yang paling function dari awal
sampailah habis majlis, a big congratulation to youuu. Congrats for having a
big heart enduring the pain throughout the preparation. Planning for such event
is never easy, but you had successfully proved that you are strong enough to
make it. Thank you for calming me down bila tiba-tiba semua kertas yang ada
notes penting untuk event malam tu hilang. Sempat nangis weh haha. It was a
nice experience to work with you. For another 4 years, let’s work together
again and again, can aaa? Hihiks lebiyuu. Setulus-tulus terima kasih!
To all my dear classmates the Genezen, congrats for the commitments.
Willingly to be the part of gimmick slot eventhough you felt like you were
forced to do it in the beginning but trust me it is worth at the end up till
now. Kannnn? I witnessed the happiness on your faces, takleh move on sampai
sekarang hahahah. And to Aina, Aini, Dila who took over the registration
counter when I had to get ready with the lighting as the event was about to
start, thank you for understanding me that it was so serabut to handle it
alone. Dan nak minta maaf kalau ada teremo atau termarah sepanjang persediaan dinner. Biasalah tu, manusia hehe. Setulus-tulus terima kasih!
Not to forget our bangra dancers, you guys awesome!
Setulus-tulus terima kasih!
To my final year seniors, good luck for your upcoming
professional exam. Nak grad dahhhh. Be a really good doctors yaa! Good luck too
to all students including my batch, final exam is coming guys.
And last but not least, thanks for all the sponsors, from
the college, HEP, doctors and others.
Setulus-tulus terima kasih buat semua. See you next year.
Kak Syera ajak pergi dinner tenang-tenang tahun depan ahahah.
#kushrahen #medicusbollywoodnight #doctorsoffduty #scruboffsareeon #thegenezen
Ini betul2 appreciation post!!!
ReplyDeleteHehe sukalah baca blog sis, sejenis yang mudah terhibur kot.
Bila dengar balik lagu, automatik rasa nak menari.
Haha part mana yang sis terhibur tu?
DeleteTapi sorrylah sis, tulisan saya tak semantap sis.
Satu je nak tanya, bila nak buat bengkel penulisan blog?