Kampung Leryar, Cameron Highlands.

Sebab ramai juga yang pm tanya berkenaan Kampung Leryar ni, so here I make another special entry for Kampung Leryar. Saya tulis ni berdasarkan soalan soalan yang pernah ditanya melalui whatsapp. Harap menjawablah hihi.

1. Berkenaan dengan penduduk kampung

Saya bahagikan ikut peringkat umurlah ye. Untuk kanak kanak, ada dua kelompok yang saya lihat. Satu, jenis yang mudah mesra. Senang je nak approach diorang ni, senang jadi kawan. Dan diorang memang sudi nak duduk lepak sekali dengan kami, berborak dan ajar bahasa kaum sana. Cuma kadang kadang tu, asyik nak kena layan main game walaupun tengah penat. Tapi sebab saya memang suka berkawan dengan budak budak so seronok je dengan diorang ni. Ini nama nama yang saya ingatlah, Sajuriah, Julainia, Suhada, Balqis, Fairuz Hazirah dan Fairuz Haqila.

Kedua, jenis yang tengok kami as orang luar. Pandangan budak budak ni tajamnya mashaAllah macam kita buat salah dekat diorang. Dan setiap kali kami approach dan cuba berbual, diorang boleh buat tak tahu dan berdialog dalam bahasa diorang sambil jeling jeling tajam.

Yang tadi tu untuk kanak kanak perempuan lah, yang lelaki semua okay je. Oh ye, diorang hyper tau. Kena pandai kawal masa buat aktiviti. Banyak kali jugaklah menjerit nak bagi faham hahah.

Remaja. Yang lelaki entahlah macam tak perasan pulak. Yang perempuan tak seorang pun kami dapat jadikan kawan. Sebab masing masing lari daripada kami dan macam tak minat sangat nak join aktiviti. Adalah kot satu dua yang tegur sikit sikit. Yang pasti tak ramailah.

Mostly kanak kanak dan remaja  ni boleh bertutur dalam bahasa melayu. Dont worry.

Dewasa. Yang ni okay je. Diorang semangat masa buat medical checkup. Bolehlah ramailah jugak yang keluar rumah. Dan banyak tanya soalan dekat doktor.

Warga tua. Yang ni tak selalu sangat jumpa. Kami jumpa pun sebab datang lawat rumah salah seorang budak dan ada nenek dia di rumah. Kebanyakannya tak tahu cakap melayu. So kena ada translator which is budak budak tadi.

Kalau nak tahu anggaran penduduk kampung, sebenarnya saya tak reti nak menganggar. Bilangan rumah banyak, yang pasti lebih 20 (takutnya nak buat anggaran ni, takut silap). Dalam satu rumah pula, ramai. Penduduk sekitar 200+.

2. Berkenaan dengan sukaneka

Kampung leryar ni ada court dia sendiri. Di situlah kami jalankan sukaneka dan kumpul semua anak anak kampung. Bilangan anak anak yang participate ada lah dalam above 50 macam tu (serius tak ingat). Pandai pandai lah bahagi diorang ni into groups and buatlah games apa pun, diorang memang semangat. Itu yang seronok sebenarnya. Hadiah jangan lupa ok.

Court ni tak jauh pun. Depan halaman yang berhadapan dengan tadika. Masuk kampung ni, mula mula akan nampak balai, then court ni, halaman depan tadika and tadika (ni kalau tak silap lah, kalau silap sorry tak berapa ingat).

Contoh games yang kami buat dulu; dodge ball, telefon buruk, belon air dan banyak lagi.

3. Tempat tinggal volunteers

Kami datang satu bas. Dalam 40+, sebab ada yang datang naik kereta. Lelaki bermalam di surau manakala perempuan di tadika yang mana kami tidur beralaskan lantai simen. Sejuk serius. Dalam tadika tu ada satu bilik (ke dapur tak ingat), situlah tempat kami iron segala tudung dan baju. Iron salah seorang daripada kami yang bawa. Tak disediakan.

Surau dan tadika tak jauh pun, dekat dekat je. Tandas. Ada tandas awam dua buah di belakang surau. Share lelaki perempuan. Tempat wudhu asing.

4. Medical checkup

Program kami ni banyak collab; Perdamas, Aman Palestin, Pembina, I-medik dll. So team medical checkup datang daripada i-medik. Barang barang semua i-medik punya. Volunteers pula mostly students with medical based, so ramai je boleh run medical checkup tu.

5. Makanan

Kami memang dari hari pertama, rewang dan masak sendiri. Bahan masak kita sediakan dan bawa dari luar. Kami bahagikan volunteers kepada beberapa kumpulan dan buat giliran rewang. Masak di satu sudut (memang tempat rewanglah kot). Situlah tempat masak, tempat basuh periuk besar besar tu, tempat kami rehat rehat sambil minum petang hahah. And ada satu stor yang menyimpan macam macam kutleri dan peralatan masak betul betul dekat situ jugak.

Siap masak, kami hidang bawah khemah (di halaman depan tadika). Dan serve orang kampung, kanak kanak dan volunteers. Diorang tak minat sardin rasanya. So hidanglah benda lain haha.

******************

Ini pengalaman pertama saya masuk kampung OA. Masa tu baru 4 bulan sambung degree (Disember 2016). Masih mentah. Nak bagi tips pun rasa tak layak. Setakat kongsi pengalaman tu bolehlah sikit sikit. Kalau ada nak tanya atau nak tahu lebih, boleh pm atau refer previous entry pasal Kampung leryar [klik sini]

Comments

  1. Replies
    1. Ini kan dah lama aku pergi. Tak bacalah tu entry yang lama.

      Delete
    2. Alaa janganlah marahhh.. Lenkali kalau kau post tu, btau la aku.. X payahlah aku buka blog kau tiap2 hari

      Delete
    3. Celah mana pulak aku marah ni 🤔 Sengaja taknak bagitau nak suruh orang bukak hari hari ngehehe.

      Delete
  2. Salam saya nk tnya contact number yg boleh saya contact untuk nk booked tempat le sana . Sbb saya ada trip program nk ke sana cuma xtau sape boleh saya hubungi untuk inform yg saya nk ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf lambat. Boleh cuba contact jabatan kemajuan orang asli daerah Cameron Highlands utk dapatkan contact no. Tok Batin kg ni 😊

      Delete

Post a Comment

Popular Posts