SUNATHON LE TOUR TAMAN NEGARA | 1-3 DISEMBER 2017
Dah lebih sebulan baru nak tulis, so the story wouldnt be so perfect lah kan. Akan ada banyak tertinggal sebab dah lupa. Cerita apa yang termampu jelah.
Sunathon kali ni berbeza sedikit dengan yang sebelum ni. Sebabnya program ni kita buat 3 hari dan bukan setakat mengkhatankan budak-budak je tapi kitorang ada aktiviti selain daripada tu sesuai lah dengan nama 'Tour Taman Negara' tu.
Tentatif program
Volunteers (dari Sunateam) yang pergi program ni yang terpilih sebenarnya. Sebab tulah, tak diiklankan sangat. For sure, kalau spread secara meluas, ramai gila yang akan bersungguh nak join. Disebabkan aku bukanlah committees, so aku pun tak berapa tahu flow planning program sampailah kak Fa pm dan tanya kalau kalau aku berminat untuk join. Masa tu sebenarnya aku tengah risau pasal quiz. Program jumaat sabtu ahad. Quiz aku isnin selepas program. Khamis sebelum program pula aku pindah rumah. Boleh bayangkan tak betapa penatnya. Lagi pun, aku segan sebab aku takde kawan. Aku dengan kak Fa je dari Widad, lain semua UIA (perempuan). Aku minta kak Fa tunggu sampai aku reconfirm dengan dia semula. And Alhamdulillah sangat quiz postpone ke hari jumaat. Lega. Pasal kawan ke apa tu aku abaikan sebab nak tarik diri pun takut kena marah dengan PIC. Garang sangat PIC kali ni haha.
So, ceritanya aku join jelah program ni. And ditugaskan untuk jaga post-op seorang. Nervous jugak sebab belum pernah ada pengalaman untuk station ni. Biasanya jadi assistant dekat operation table je. Tapi takpe, bila lagi nak ada pengalaman kan.
Jumaat, 1 Disember 2017
Pagi tu, aku sibuk buat pamplet post-op berkaitan cara jaga luka dan cara handle complications selepas operation. Sebab pagi tu baru dapat tahu kena buat. Memang gelabah lah kan. Pamplet ni untuk diberikan kepada parents budak budak yang bersunat. Asalnya nak ambil je yang dah sedia ada tapi bila print out gambar dia pecah. Nak taknak, memang aku kena retype and redesign. Dan siap jugak akhirnya.
Lepas zohor macam tu, kak Fa fetch aku kat rumah dan hantar aku ke masjid UIA supaya aku boleh naik bas sekali dengan volunteers lain. Maksudnya memang aku seorang je perempuan dari Widad yang akan naik bas. Tak tenang aku masa tu hahah. Sepatutnya kak Fa naik sekali tapi kereta dia pulak accident, kena pergi balai urus segala benda. So dia gerak sendiri lepas settle urusan kereta lebih kurang pukul 4 macam tu. Aku tunggu kat masjid seorang sampailah aku terjumpa kak Aji kat tempat ambil wudhu. Aku pun ikut kak aji tunggu tepi jalan dengan akak akak yang lain. Kak Sakinah, kak Tikah, kak Qamilah dan kak Dayah. Nasiblah diorang tahu aku ni Sakinah. Akak akak ni semua dah grad 2017, dah doktor dah pun. Tapi masih support Sunateam. Bagus kan.
Ok bas sampai dan semua dah naik bas. Aku duduk belakang sekali. Seorang. Takpe tempat duduk memang banyak kosong so tak salah aku duduk sorang sorang.
Asar. Bas berhenti untuk beri masa kami solat asar. Tapi terlebih lama berhenti bila yang lelaki sempat lepak makan dulu. Ok.
Sepanjang perjalanan, kak Fa ada whatsapp aku. Tanya dah sampai mana, ok tak dan kak Fa suruh aku rehat tidur. Mungkin kak Fa tahu aku segan sorang sorang ni haha. Aku segan tapi aku boleh je masuk dengan yang lain tu. Ada yang dah memang kenal ada yang baru kenal. Tapi semua okay je.
Kami tiba di asrama SK Kuala Tahan hampir hampir maghrib. Cop katil, letak barang dan solat berjemaah di surau. Bergerak naik bas ke surau felda (tak ingat nama) untuk makan malam. Sambutan orang orang sini memang baik sangat. Terasa betul disambut. Selesai makan, bergerak lagi ke dewan program yang akan kami guna untuk jalankan sunathon esoknya. Ada sedikit taklimat. Dewannya taklah besar pun tapi susunan untuk setiap station tu memang layak dipuji. Sangat strategik. Selesai semua, kami naik semula ke atas bas. Kak Fa pun datang masa ni.
Taklimat di dewan |
Tiba di asrama, kami berkumpul di surau untuk taklimat oleh PIC dan Dr Firdaus. Masa ni juga, kami dapat baju program yang berwarna biru dengan nama masing-masing. Dan aku dah jangka, aku akan dapat baju dengan nama Nazihah sebab PIC kenal aku dengan nama Nazihah bukan Sakinah. Takpelah layan jelah. Selesai taklimat, ada sedikit supper. Tapi aku dan kak Fa pilih untuk terus ke asrama.
Taklimat di surau |
Supper malam tu |
Aku pun dah hilang selera nak makan masa ni sebab aku tak tahu fon aku ke mana. Entah tercicir kat mana, hilang ke apa, kat dewan atau dalam bas atau terjatuh di mana mana. Aku dah risau. Tapi risau aku, aku jadi senyap. Sampai di katil, aku cerita pada kak Fa. Kak Fa izinkan aku pinjam fon untuk call pakcik bas, tanya kalau kalau dia ada nampak fon tercicir dalam bas. Oh ye, bas masa ni dah bergerak ke hotel yang jaraknya jauh dari tempat kami. Aku tanya elok je, tapi kena marah juga dengan pakcik tu. Katanya dah pesan. Takpelah pakcik saya sedar saya careless. So mood aku memang tak baik sangat masa tu. Aku jadi overthinking. Dahlah masa tu aku tengah busy dengan kursus kahwin. Ramai gila orang tengah pm whatsapp untuk daftar kursus. Benda benda yang kena settle untuk kursus pun banyak lagi. Mana tak risau. So aku banyak diam masa ni.
Tidur malam tu sangat sejuk dan kebetulan aku tak bawa selimut. Memang tidur ya ampun tak tahu dah nak mengerekot macam mana lagi. Bangun pagi tu terus aku tutup kipas yang tegak atas katil aku.
Sabtu, 2 Disember 2017
Subuh, bersiap dan solat. Lebih kurang pukul 7 atau sebelum 7, kami bergerak ke dewan semalam menaiki van (sisters) dan kenderaan 4×4 (brothers). Sepanjang perjalanan, boleh nampak jelaslah bahawa lelaki lebih suka selfie berbanding perempuan.
Subuh, bersiap dan solat. Lebih kurang pukul 7 atau sebelum 7, kami bergerak ke dewan semalam menaiki van (sisters) dan kenderaan 4×4 (brothers). Sepanjang perjalanan, boleh nampak jelaslah bahawa lelaki lebih suka selfie berbanding perempuan.
Bergerak ke dewan |
Sampai di dewan, taklimat pendek dan masing masing mula setup station. Dan aku seperti biasa akan get involved dalam penyediaan LA (ubat bius). Selesai. Kami bergerak ke dewan makan untuk bersarapan. Nasi lemak ayam. Memang rezeki tengah lapar masa tu haha.
Penyediaan LA |
Orang mula ramai. Budak budak pun ada yang sudah mula mendaftar. Registration dah tentulah station paling awal sibuk. Sterilization station juga perlu bergerak awal. Dan paling akhir of course lah post op station. Station aku. Nama pun post op. Selepas operation. Sebab tu awalnya, aku boleh berlegar legar dari satu operation table ke table yang lain. Bagi bantuan selagi mampu. Dan aku rasa tenang dan bosannya post op (mula mula je).
Sterilization |
Sterilization |
Post op sebelum sesak |
Sampailah budak pertama yang selesai dikhatankan tiba ke post op station. Aku mula bekerja. Iring pesakit (budak sunat) ke tilam yang disediakan dan suruh pesakit berbaring. Ambil beg cenderahati, masukkan air dan roti, bagi pada pesakit. Tanya nama pesakit dan nama ayah/ibu. Panggil ayah/ibu masuk. Mula ambil ubat-ubatan. Satu botol antibiotik, satu botol ponstan dan cmc (jika perlu). *stok cmc tak banyak, so bagi bila parents pesakit minta je. Duduk berdekatan ayah/ibu pesakit dan cerita lah semuanya, mula dengan ubat, sukatan yang perlu diambil, cara jaga luka, aktiviti apa yang boleh dan tak boleh dibuat, berkenaan alahan, makanan yang boleh dan tak boleh dimakan, macam mana nak handle komplikasi, perlu jumpa siapa, di mana dan macam macam lagi. Plus, perlu jawab semua soalan parents. Dan tak lupa, aku serahkan pamplet post op yang gigih aku siapkan kepada parents. Selepas 30 minit, aku akan periksa penis budak tu untuk pastikan sama ada dah boleh balik atau belum. Check juga kalau ada apa apa komplikasi atau benda lain seperti pendarahan, jahitan terlalu ketat atau longgar, lebihan benang terlalu panjang, jahitan tak sepenuhnya cantum keliling penis dan banyak lagi. Kalau semuanya okay, aku minta parents bawa pulang anak supaya station post op tak sesak. Selain tu, aku juga perlu pastikan hanya salah seorang ibu atau bapa yang masuk ke post op. Pintu ke station aku perlu sentiasa ditutup.
Ni masa aku explain pasal ubat dan cara penjagaan kepada ayah pesakit |
Ini first batch budak yang dikhatankan kalau tak silaplah |
Tapi, operation semakin lama semakin efficient. Laju je budak budak tu selesai dikhatankan. Aku yang bekerja seorang memang tak terjaga dah pintu tu. Sampai ada banyak masa, kawasan post op dah macam kenduri. Satu family masuk. Nak je aku menjerit buat pengumuman tapi tekak aku dah sakit asyik bercakap non stop. Lepas satu parents ke satu lagi sampai ada 3 keluarga aku kumpulkan untuk explain berkenaan ubat dan wound care sekaligus. Itu yang ada masa senior aku yang jaga sterilization akan datang dan minta sanak saudara sepupu sepapat tinggalkan kawasan post op sebab nak harapkan aku memang dah tak sempat.
Ini masa hampir hampir sesak. |
Aku sangat terkejar kejar jaga post op seorang diri. Sampaikan ada yang aku bagi beg cenderahati, tapi lupa bagi ubat dan sebaliknya. Ada yang aku lupa panggil parents sampai budak tu dah lama terbaring tapi parents tak masuk masuk. Ada yang aku dah bagi ubat, lupa nak explain. Tilam penuh dengan pesakit, takyah cakaplah. Banyak kali jadi, sampai ada yang kurang 30 minit aku dah suruh pulang. Ada juga yang mengada ngada nak rehat lama lama atas tilam. Haih. Tentang consent form, aku dah tak tahu susunannya macam mana. Letak jelah asal ada. Kalau ada pendarahan, aku perlu panggil mana mana assistant operation atau doktor untuk stop kan bleeding. Kalau ada jahitan tak kemas, pun sama. Ada yang adik beradik, adiknya dah okay, abang dia pula pendarahan. So dua dua masih terbaring menyebabkan bilangan tilam kosong tu kurang. *gambar masa sesak tak ada pulak.
Tapi nak cerita betapa eloknya sikap orang orang sana. Diorang nampak aku tak sempat buat itu ini. So diorang ada yang tolong pasangkan pelapik tilam, ada yang gabung tilam supaya tiga orang budak boleh kongsi tilam dan bantal, ada yang tolong buat announcement panggil parents, ada yang gigih keluar cari ayah pesakit yang tiba tiba hilang, ada yang tolong bagi beg pada pesakit, ada yang bawa pesakit yang dah selesai sunat ke tilam. Diorang buat semua tu walaupun aku tak minta tolong sikit pun. Terharu betul dengan diorang ni.
Untuk diri sendiri, aku perlu lebih cakna berkenaan sukatan ubat. Sukatan dalam mg/ml dan ikut sudu. Cara ambil ubat. Ada yang perlu dibancuh, ada yang boleh terus diambil. Bila perlu ambil. Dan sebagainya. Benda benda ni bukan untuk yang jaga post op je, tapi untuk semua sebab orang akan tanya kita tak kiralah kita jaga station mana pun. So kena cakna.
Ini gambar sepanjang sunathon.
Berseronoklah dik sementara belum sunat ngehehe |
Habis semua peserta dah dikhatankan, around 12.30pm, ada sesi bergambar dan makaannnn. Selesai makan, balik ke asrama. Solat. Rehat. Tidur.
Tak ingat pukul berapa, tapi dalam pukul 4 macan tu, kami bersiap untuk buat aktiviti touring. Jalan kaki je dari asrama ke tempat yang opposite dengan taman negara tu. Dekat je rupanya. Sampai sana, aku dah risau kalau kena berendam dalam sungai. Serious aku tak suka basah basah ni. Tapi lega bila diorang kata naik bot je.
Ni sambil tunggu bot sempatlah bergambar sikit. Macam tak biasa kan. |
Turun ke bawah, tunggu bot. Naik bot, ambil tempat dan pakai safety jacket. Aku duduk sebelah kak Fa di tempat duduk belakang sekali. Kami terbahagi kepada dua, satu bot tak cukup untuk semua. Bot mula bergerak. Rupanya lega aku tadi cuma sekejap. Pakcik yang control bot kami memang sengaja dia sengetkan bot supaya kami basah. Habis air sungai masuk bot macam air hujan. Pendayung yang pakcik tu pegang pula dia gunakan untuk jirus air ke arah kami. Hasilnya, kami basah kuyup dari atas sampai bawah. Bertambah kuyup bila bot team satu lagi lalu sebelah, memang perang air lah jadinya. Memang aku tak suka basah, tapi pengalaman ni best sebenarnya. Oh ye, masa naik bot ni ada cerita kelakar pasal lipas. Biar team bot aku jelah tahu haha.
Ni bot aku |
Ini masa dah sampai kampung orang asli |
Naik bot ni untuk masuk ke kampung orang asli. Dan sungguh ni aku kata, ini kampung orang asli yang ketiga aku masuk, dan inilah kampung yang betul betul asli. Gambaran dia macam orang zaman paleolitik dalam buku sejarah tingkatan 1. Haa macam tu serious tak tipu. Dengan duduk lereng bukit, tepi sungai, rumah beratapkan nipah, perempuannya berkemban, tak berkasut, anak anak ada yang tak berbaju, rupa fizikal pula memang asli. Terjeda jugalah aku, tak sangka masih wujud kaum semacam ini. Dan ini pengalaman mahal. Cuma tak dapat ambil gambar sebab fon tak tahu kat mana hm.
Ni hasil naik bot. Basah. |
Di kampung tu, kami cuma melawat. Ada lah diajar cara hidupkan api guna kayu, cara buat sumpit, cara menyumpit. Kaum orang asli ni digelar kaum batik. Orang namakan mereka ni kaum batik disebabkan corak batik pada badan mereka yang disebabkan oleh fungal infection. Nama fungusnya, Taenia aggregata kata doktor. Ada budak tu aku tengok penuh dari atas sampai bawah bercorak batik. Ada yang tangan sahaja, kaki sahaja. Tak sia sia berjalan dengan doktor, banyak ilmu dapat.
Ni lah fungal infection tu. Nampak tak corak batik kat seluruh badan budak tu. |
Habis melawat, kami naik semula ke atas bot dan berperang dengan air. Sampai di tepi sungai, kami turun dan berjalan balik ke asrama. Mandi dan bersiap untuk solat maghrib dan isyak. Solat di masjid. Ada tazkirah maghrib sedikit oleh doktor (sorry tak ingat nama). Best tazkirah ni sebab doktor share pasal life dia as a doctor. Tapi ramai mengantuk so ramai jugak yang lena termasuk aku.
Selesai melawat kampung orang asli |
Tazkirah maghrib (sharing session) |
Selesai solat isyak, kami bergerak pula ke tempat makan yang terletak bertentangan dengan taman negara, tepi sungai. Angin sedap masa ni. Tempat makan ni pun best, tinggi dan nyaman. Malam tu kami dihidangkan dengan bbq yang pelbagai. Nasi dan mee dan banyak lagi. Sedap sangat. Sambil sambil makan tu, post mortem berjalan ( dah mula sebenarnya sebelum makan tapi pause kejap untuk ambil makanan). Sampai giliran aku bercakap which is post op memang selalu last, memang aku cakap jujurlah kan pasal post op. Apa yang patut, apa tak patut, bagi cadangan apa semua. Dann habis post mortem. Makan pun dah. Masing masing dah kenyang. Balik lah ke katil.
Post mortem |
Post mortem |
Ahad, 3 Disember 2017
Pagi ni kami qiammullail di masjid semalam. Sampai di sana, dah ada makcik makcik yang beriktikaf di masjid. Bagus betul. Selesai solat semua berimamkan PIC (bacaan dia ni sedap sangaaattt), ada tazkirah daripada Dr. Firdaus. Pun best tapi sebab terlalu mengantuk aku tidur juga. Beralih alih tempat aku tidur sebab tak tahan sejuk.
Pagi ni kami qiammullail di masjid semalam. Sampai di sana, dah ada makcik makcik yang beriktikaf di masjid. Bagus betul. Selesai solat semua berimamkan PIC (bacaan dia ni sedap sangaaattt), ada tazkirah daripada Dr. Firdaus. Pun best tapi sebab terlalu mengantuk aku tidur juga. Beralih alih tempat aku tidur sebab tak tahan sejuk.
Habis tazkirah, ada sarapan yang sungguh tak sedikit. Baik sangat makcik makcik ni sediakan sarapan untuk kitorang. Nasi pun banyak lebih, tiba tiba datang lagi kuih kuih. Nak taknak memang kena makan sedikit untuk raikan kebaikan makcik makcik dan pakcik pakcik masjid. Terima kasihh.
Berjalan pulang ke asrama sambil nikmati lah sikit udara segar. Tak lama selepas tu, kami diminta berkumpul di tempat menunggu bot semalam. Air sungai naik masa ni. Jambatan semalam yang kami nampak dah tenggelam habis. Syukur kami tak perlu lalu jambatan tu.
Bot sampai. Lelaki naik dahulu dan bot bergerak ke seberang sungai. Berpatah semula untuk giliran perempuan pula. Sampai di seberang, mestilah ambil gambar dahulu dengan signage 'Taman Negara' tu kan. Ok done. Selepas tu kami mula berjalan masuk ke hutan. Berhenti di hadapan peta besar untuk mengetahui arah tuju exploration kami pagi tu dan mulakan perjalanan. Pada awalnya, track tak mencabar sebab jalannya rata je. Sampailah satu tahap kena mendaki. Tangga dia tengok dari bawah memang non stop. Rasa macam bila nak habis ni. Tapi aku bukanlah antara yang lambat, aku antara yang laju sampai puncak berbekalkan motivasi nak habis cepat haha.
Ini dah sampai puncak Bukit Terisek |
Sepanjang perjalanan tu, memang wajiblah berjaga jaga dengan pacat. Aku masa tu pertama kali lah tengok pacat depan mata (ok tau noob).
Dah sampai puncak, kami turun semula halfway untuk naik jambatan gantung pulak. Sini aku excited. Dalam satu masa, jambatan tu hanya boleh tampung maksimum 4-5 orang katanya. Tapi ada je aku tengok kadang kadang macam berlebih dan Alhamdulillah tak ada apa apa berlaku. Sepanjang naik jambatan ni, aku teringin jugaklah rasa gayat. Aku cuba tengok tengok ke bawah, tapi tak rasa apa pun. Mungkin sebab penuh dengan pokok, kalau kosong view tu maybe dapatlah rasa gayat tu.
Tengah seronok jalan atas jambatan ni, tiba tiba aku dah sampai kat hujung jambatan. Rasa macam pendeknya jambatan ni. Dahlah tak sempat rasa gayat pun haha. Kalau boleh nak lagi.
Sebelum naik jambatan |
Dah selesai semua, kaki pun dah penat, kami pulang ke asrama. Mandi, salin baju kemas barang dan solat zohor berjemaah. Selepas solat, kami semua berkumpul di ruangan solat lelaki untuk sesi berucap (PIC dan Dr Firdaus).
Perasan tak, sepanjang program aku nampak tak risau pasal fon aku yang 'hilang' tu. Sebenarnya risau je, tapi dia dah jadi half redha. Kalau ada, ada lah fon tu. Kalau takde, nak buat macam mana. Siapa suruh careless.
Kami bergerak menuju ke tempat parking bas. Sempat pulak yang lelaki ajak bergambar sambil sambil berjalan tu, tapi aku jalan terus sebab nak naik bas cepat. Nak cari fon haha. Acah je jalan laju laju. Last last kena tunggu juga diorang sebab tak tahu bas parking kat mana hahaha.
Pintu bas buka je terus aku orang pertama naik. Pergi seat belakang dan tak jumpa fon pun. Aku pergilah tanya pakcik bas tu. Kak Fa pesan suruh panggil 'abang', supaya pakcik tu tak marah. Aku mana biasa panggil abang abang ni. Tapi sebab takut kena marah lagi, aku ikut jelah kak Fa. And luckily, fon aku ada dengan pakcik tu. Dia ada simpankan sebab haritu ada pesan kalau jumpa tolong simpan. Terima kasih pakcik/abang.
On fon. Hm ok banyaknya pm pasal kursus kahwin. Rasa bersalah sangat sebab reply lambat. Missed call pun banyak hahaha. Nasib program 2 hari setengah je. Kalau seminggu, taktaulah apa jadi.
Sampai rumah, barang barang aku belum habis kemas lagi hasil pindah rumah haritu. Badan pulak penat sangat. Malam tu tidur awal. Dalam pukul 3 aku bangun kemas barang sampailah pagi. Sekian.
So overall, bestlah sunathon kali ni. Walaupun kadang kadang tu rasa segan sebab aku paling muda, paling tak banyak pengalaman. Tapi sebab semua orang best so benda semua run smoothly je. Sebenarnya mana mana sunathon aku pernah join sebelum ni pun best. Sebab team dia best kot hehe.
Terima kasih pada yang bagi gambar. Saya minta izin pinjam dan guna ye.
Comments
Post a Comment