Kembara Kemboja 2018




12 April 2018 Khamis
Khamis malam tu aku gerak dengan kakFa ke LKPIM. Terima kasih banyak kakFa sanggup hantar kita walaupun tengah rushing habis usrah sambung dengan study group. Dahlah kakFa puasa masatu. Banyak sangat kakFa tolong dari awal sampailah kita nak bertolak malam tu. Siap bawak dating makan sambut macam aku nak pergi mana je haha. Sayaaaanggg kakFa.



Ni malam sebelum aku bertolak ke KLIA2, kakFa belanja

 Alright selesai ambil gambar ramai-ramai, semua masuk bas dengan beg dan barang masing-masing. Aku duduk seorang. Sebab apa tau, sebab aku seorang je wakil perempuan dari Sunateam. Lagi 3 orang lelaki senior aku dan dua orang doktor yang juga lelaki. Jadi total wakil Sunateam 6 orang, dan aku seorang perempuan. Banyaklah benda yang jadi sampai jadi macam ni; seorang je perempuan. Tipulah kalau aku kata aku tak takut, honestly memang aku takut risau semua lah. Aku risau aku tak boleh bawa diri. Tapi aku ingatkan diri aku, kalau aku tak mampu, Allah takkan pilih aku untuk join trip ni. Dan akhirnya, aku okay je sepanjang trip ni. Boleh masuk dengan semua team members. Alhamdulillahh legaa sangat. Bas bertolak dan kami tidur lena tak lena. Oh ye lagi satu, aku tak sihat. Selsema, batuk, sakit tekak. Dan ini kali pertama sebenarnya aku sakit tekak sampai nak bersuara pun sakit. Hilang suara. Dan kebetulan, sunathon kali ni aku jaga post op lagi. Tah macam mana lah nak terangkan semua benda tu dekat parents.


 13 April 2018 Jumaat
Jam 3 pagi kami sampai di KLIA2. Jam 6 pagi masuk flight. 6.50 terbang. 8.30 waktu Malaysia (7.30 waktu Kemboja) tiba di airport Phnom Penh. Nampak smooth kan? Hahaha sebenarnya tak. Banyak gila masalah jadi. Nasib baik kitorg ni jenis tenang tenang hahah.




Aku takde dalam gambar, macam biasa
Lupa nak bagitahu, trip ni ada wakil SunaTeam yang 6 orang tadi termasuk aku, wakil Pekaya (Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang) seramai 7 orang, 3 orang wakil Mabiq (Madrasah.. ) dan seorang sister dari htaa. So ceritanya, aku berkawanlah dengan makcik makcik Pekaya dan yang lain lain. Ok je kehkeh.

Sampai di Phnom Penh, ada lagi masalah jadi. Beg tercicir lah apa lah. Takpelah, malas cerita masalah. Ok kemudian, kami bertolak ke kampung Sanjai menaiki van. Ada lah stop stop kejap kat kedai makan dua kali dan hotel sekali untuk tengok tengok bilik yang bakal kami duduk untuk hari ahad sehingga selasa nanti. Dalam van, kami sempat revise sikit sikit bahasa Kemboja yang kami belajar semasa meeting haritu. Biasalah, orang orang muda yang cepat sikit nak hafal hafal ni heheh.

Sampai di airport PhnomPenh
Tiba di kampung Sanjai iaitu kampung Ustaz Atib (orang Kemboja yang bekerja dengan Mabiq di Malaysia) pada jam 6pm lebih kalau tak silap. Makan dan malam tu Sunateam mula tinjau tempat berkhatan dan plan tables dan stations. Masa ni aku dah mula confuse position aku. Faiz kata aku akan jadi runner. Hafiz kata aku jaga post op. Amin pula kata position aku akan bertukar tukar. Walaupun aku sakit tekak, aku lebih confident jaga post op sebab aku pernah ada pengalaman. Runner aku belum pernah jadi lagi. Aku dah risau. Malam tu kami berbincang dan akhirnya aku jadi runner dan juga jaga post op. Dua dua sekali haa. Padah tak cukup orang. Mana taknya, sebelum ni punya event paling kurang pun 20 lebih volunteers Sunateam. Kali ni pula 4 orang je. Memang macam nilah jadinya sebab orang sponsor. Tapi untuk post op, malam tu juga aku salin treatment dan management dalam huruf besar semuanya dan serah pada Ustaz Atib untuk translatekan. Jadi, esoknya aku tak perlu explain pada parents sebab ustaz Adib yang akan buat benda tu. Aku cuma perlu tengok komplikasi dan benarkan budak budak bersunat pulang jika  tiada masalah.




Ini masa kami singgah makan dan solat. Budak ni gigih panjat pokok semata nak bagi buah mangga.

First selfie aku dengan anak anak Kemboja. Budak budak ni baik sangat walaupun bahasa membataskan kami.
Rumah Ustaz Atib



Makan malam pertama di Kampung Sanjai
Malam tu, aku tidur paling lewat. Aku balik dari dewan berkhatan tu pun lewat. Dahlah seorang je perempuan dalam dewan tu. Balik tu, aku tak terus tidur tapi tulah aku kena salin post op management dan study balik flow dari awal sebab runner perlu tahu ni. Selesai dah, aku pun tidur. Tapi tak lena sebab aku batuk teruk. Dengan selsemanya lagi ya ampun kenapa perlu sakit masa ada program. Datang sini, matren dan sister bawak banyak gila ubat dan aku salah seorang yang dapat banyak ubat hahaha.

Tengah aku batuk batuk malam tu, aku dengar Ustaz Atib panggil sesiapa yang belum tidur. Aku pun keluar sebab memang aku sorang je belum tidur. Ustaz Atib ada minta tolong sikit (malas nak cerita tolong apa).

14 April 2018 Sabtu
Aku terjaga 3am lebih. Sejuk. Aku alih kipas dan tidur semula. Jam 5am aku bangun dan bersiap. Awal gila aku siap sebab yang makcik makcik lain semua masih relax relax berborak. Oh ye, lelaki team aku semua tidur betul betul sebelah dewan berkhatan tu. (Dewan tu sebenarnya madrasah dan tempat perempuan tidur pula adalah rumah Ustaz Atib, madrasah tu belakang sikit selepas rumah ustaz ni). So diorang tak perlu risau terlewat. Lepas aku dah siap, banyak kali aku tanya makcik makcik ni bila kita nak gerak ke dewan. Tapi semua macam tak rushing. Aku je nak cepat sebab aku tahu aku perlu siapkan LA (ubat bius) dan set dalam otak kerja kerja runner.

Tunggu makcik makcik ni bersiap sampailah si Faiz sendiri datang panggil aku. Gerak ke dewan dan mulalah prepare semua and LA. Sunat pun mula. Disebabkan ni kali pertama aku jadi runner, so awal awal tu memang agak slow. Dan aku rasa bersalah sangat. Tapi lama lama tu oklah. Dan slow slow juga aku tiba tiba jaga sterilization sekali. So position aku  3 tempat, runner, sterilization dan post op. Kelakar sikitlah. Cuma bersyukur sebab patient tak berapa ramai, supposedly 30 tapi yang datang cuma 21. Oklah juga.

Sambil sambil jaga bersunat ni, sempat juga aku ke bilik sebelah tengokkan medical checkup yang makcik pekaya uruskan dan prescribed ubat untuk seorang patient tu.












 Selesai sunat dalam 12 lebih kalau tak silap. Kemas barang. Makan. Makanan yang diorang sediakan banyak sangat. Ada sate, kari lembu (lupa nak bagitahu pagi sebelum bersunat mula, ada korban lembu seekor dan kari ni sedapp), roti (roti dia sedap weh), kerabu apa tah aku tak makan, dan macam biasa mesti ada buah buahan. Ni baru appetizer tau. Lunchnya belum lagi. Aku makanlah dalam beberapa cucuk sate dan seketul roti (seketul sebab roti dia macam roti subway tu). Aku makan sekejap je. Habis makan aku main dengan baby sorang ni. Dia cucu ustaz Adib (muda muda dah bercucu sebab orang sini kahwin awal). Mak dia anak saudara ustaz dan umur dia sebaya aku wehh hahaha. Lepastu, kitorg (sunateam) bergambar sekejap. Selesai, aku naik rumah dan tidur. Penat.



Ni sarapan sebelum mula sunathon
                  

Hidangan selepas sunathon. Ni baru appetizer bukan lunch tu sendiri.

Sate lembu qurban
Siti Sarah yang mak dia sebaya aku.
 Petang tu, ada lagi medical checkup sikit. Makcik makcik kampung dan ahli keluarga Ustaz Atib datang rumah minta consultation. Kat bawah pula (sebab ni rumah kampung yang bertangga), ada sesi pekaya dengan anak anak kampung ni. Aku joinlah kejap. Ambil gambar.



 

Malam lepas isyak, kami turun untuk makan. Menu malam tu, lembu naik bukit. Dengar nama dia aku asyik gelak je. Konsep dia sama je macam steamboat and grill gitu. Sedappp.








Dah ready nak tidur, baring dah pun, tiba tiba hidung aku berdarah. Banyak. Dah lama tak berdarah hidung. Pelik juga aku dengan diri sendiri.

15 April 2018 Ahad
Bangun pagi. Pagi ni baru aku sempat kirim simcard pada Omar, yang pandai berbahasa melayu. Dia ni baik sangat tau, aku nak bagi upah beriya dia tolak. Dia jugaklah yang banyak tolong masa sunathon, as a translator. Aku orang terakhir yang beli simcard, sayu je tengok orang lain semua ada internet hahah.sarapan pagi tu mashaAllah mewah. Bersusun dari hujung meja ke hujung meja. Tapi aku tak makan sebab ada benda yang mengganggu fikiran aku hahah. Boleh pulak aku pergi Kemboja ni, orang kat Malaysia buat masalah hm. Takde selera terus aku. Aku minum air tebu limau je, itupun lepas Ustaz Atib merayu suruh aku rasa. Sedapp.

Sarapan


 Pukul 10 nak gerak ke bandar Phnom Penh. Tapi disebabkan nak packing barang, susun beg, susun 17 orang dalam satu van maka bertolaklah juga dalam pukul 11. Dan macam biasalah, aku lah jadi mangsa duduk selit selit antara driver dengan sebelah driver. Semua menghadap depan, aku menghadap diorang. Kelakarlah tengok masing masing tidur. Perjalanan 5 jam, aku je tak dapat nak tidur properly. Dalam perjalanan tu, ada lah berhenti minum air kelapa duduk duduk kat buaian. Tapi aku tak turun. Aku takde selera sangat kat sini. Faktor sakit barangkali. Bising dah aku kena bebel. Tapi sungguh ni, aku takde selera.






Boleh teka tak posisi aku dalam van daripada gambar ni

Sampai di hotel, aku lega. Hilang kebas kebas lenguh segala. Dalam pukul 4pm lebih masatu. Pukul 7pm kena berkumpul semula di bawah untuk makan malam. Malas nak turun sebenarnya sebab aku tak rasa pun nak makan. Tapi sebab ikut program orang, follow jelah. Makan malam tu separuh pun tak habis.

Dah selesai makan, kami pusing pusing bandar dan berhenti di Royal Palace Phnom Penh. Bergambar.




Balik hotel, siap siap terus tidur. Sejuk.

16 April 2018 Isnin
Pagi tu sarapan di warung tepi sungai Mekong. Tapi macam biasalah, aku tak makan. Order kopi ais je. Matren Katipah paksa aku ambil separuh nasi goreng dia, aku ambil je tapi tak makan langsung. Nasib ada orang lain yang tolong habiskan.





Selesai makan, kami berpecah ada yang ke airport uruskan tiket dan ada yang ke pasar. Aku ke pasar lah. Ustaz Jamal bagi masa 2 jam. Tapi tak sampai sejam, aku dah cukup beli barang dan pulang ke van. Farid temankan. Farid ni driver van ni, anak saudara Ustaz Atib. Lama aku tunggu yang lain siap beli barang. Sempat borak panjang dengan Farid.

Dalam 12 lebih, semua dah masuk van. Gerak ke hotel semula untuk ambil barang medical baki baki program sunathon haritu. Hantar barang barang tu ke Hospital Beyond Boundaries (HBB). Hospital ni ditubuhkan oleh student Malaysia tapi run by Doktor muslim dari Kemboja. Doktor Roly ni otw nak jadi neurosurgeon, tapi dia quit and fulltime kerja di HBB ni. Boleh bayang tak betapa dahsyatnya jalan yang dia pilih ni. HBB ni untuk rakyat yang kurang berkemampuan, tak ada fees yang dikenakan. Tapi untuk rakyat biasa, bayaran macam biasa. Dana untuk run HBB ni ada yang datang dari Malaysia. Kebanyakannya Malaysia kalau tak silap. Masa kitorang datang ni, kebetulan ada students dari RCMP baru sampai untuk elective posting diorang. Tahun 4. Nama akak sorang tu Sakinah jugak. Katanya, petang tu diorang akan perform khatan untuk seorang budak.






 Kemudian, kami bergerak ke Genocide Museum. Masuk ni non local kena bayar 5usd, nasib baik Matren Khatijah baik hati nak belanja students lepas aku bodek dia. So save duit aku. Ustaz Atib lah yang ceritakan sejarah Pol Pot dari awal sampai habis. Memang kejam Pol Pot ni. Bunuh rakyat dia sendiri hamper 7 juta dalam masa 3 tahun setengah. Askar askar dia pulak muda muda dan cara pembunuhan diorang tu kejam gila. Banyak cara lah. Tak boleh bayang macam mana muda muda dah tak berhati perut sanggup tengok kematian orang depan mata sendiri. Ada mental illness lah kot. Muzium ni sebenarnya bekas sekolah yang diubahsuai jadi penjara. Alat alat menyiksa, penjara dia masih lagi dikekalkan sebagai peringatan dan bahan sejarah. Gambar gambar mangsa dan tentera semua ada dipaparkan satu satu. Tengkorak pun berlambak.  Ngeri sebenarnya bila aku bayangkan cara rakyat Kemboja ni disiksa dibunuh dengan cara yang kejam. Dan meremang juga sebenarnya masuk muzium ni.








 Selesai menekuni sejarah Pol Pot ni, kami bergerak ke kedai makan tepi Sungai Mekong. Dan macam biasa aku hanya minum air. Selepas tu, kami berpecah lagi ada yang naik cruise dan ada yang ke pasar. Aku ke pasar tapi aku bersyukur sebenarnya pasar dah tutup. Sebab aku dah penat. Barang barang yang aku nak beli pun dah cukup semua.  Pulang ke hotel, yang naik cruise tu balik sendiri. Malam tu, kami tak berkumpul pun untuk turun makan malam. Aku pun memang bercadang untuk tak turun.

Yang naik cruise
17 April 2018 Selasa
Barang barang aku semua dah siap pack dari malam semalamnya lagi. Aku taknak terkejar kejar dan jadi orang yang lewat. Pagi tu kami bersarapan di kedai yang sama. Kopi ais lagi. Dan ada yang bergerak ke pasar lagi untuk cari baki baki barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Yang lain termasuk aku pulang ke hotel. Bawa turun segala beg ke bawah. Dan aku orang pertama yang turun, yang lain relax lepak dalam bilik. Tak sangka aku. Tak lama lepas tu, ramai yang dah turun dan yang dari pasar pun dah pulang. Hafiz tiba tiba hulur satu beg plastik, katanya dari Puan Siti. Puan Siti belikan aku beg weh. Hahaha thank youuuu.

Ni masa dalam van hari terakhir. Nampaklah sedih tu.
Dua kumpulan naik kongklau, satu kongklau 4 orang dan berharga 7dolar (tapi sebab diorang bayar bila dah sampai airport dan diorang tak tahu harga sebenar 7dolar, so senang senang orang kongklau tu minta 10dolar). Aku team naik van. Dengan segala barang yang banyak. Aku janji nak bagi simcard metfone aku pada Farid tapi aku tak sempat bagi. Rasa bersalah juga. Tapi takpe baki duit Kemboja aku dah bagi semuanya pada Farid. Kurang sikit rasa bersalah.

Sampai di airport, kami urus beg, check in semua dan makan. Kali ni aku terpaksa makan sebab semua orang awal awal dah aim aku. Tapi aku bahagi separuh nasi goreng aku dengan Dr Nabil. Selamat. Makan sorang memang tak habislah.




1.40pm berlepas ke KLIA2. Sampai sana, kami menaiki bas ke Kuantan. Berhenti sebanyak 3 kali. Kali ketiga untuk solat isyak dan maghrib dan makan. Aku masih takde rasa nak makan nasi, tapi terpaksa bila Matren Khatijah dan Encik Zakhir dah paksa. Matren belanja. Aku minta nasi separuh pun masih tak boleh habis huhu.

Sampai di KLIA2
12 malam lebih tiba di LKPIM. Aku tunggu kakFa ambil aku. Aku balik paling lewat. Tapi En Zakhir dan Dr Zul tunggu sampailah kakFa sampai. Tiba malam tu di rumah dalam pukul 1 lebih. Nasib baik kakFa rumah bersebelahan dengan aku. Senang. Selesai. Esoknya kelas dan aku mengantuk macam orang tak betul.

Satu je aku tak suka bila join program yang lebih satu hari macam ni, lama lama tu aku akan rindu. Rindu semuanya. Kenangan, pengalaman, orang orang di sana. Semua.
Oh ye, ini sunathon kali keempat aku dan almost all stations and positions aku dah rasa. Assistant surgeon, post op, runner, sterilization. Semua ni dah. Tinggal registration je belum. Doakan aku ada banyak lagi kesempatan untuk terus cipta kenangan dengan sunateam.



Comments

  1. Weyh.. Kesiannya kau sakit waktu prog.. Btw, nape mcm makin gemok haaa? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku jarang sakit tau tapi tetiba haritu sakit mcm teruk sampai skrg lagi ni. Haa tulah aku benci gila dalam gambar semua aku nampak gemuk, effect baju tudung segala

      Delete
  2. Nice Video. Nice share story. Gigih kau cerita semua mcm diary. Hampir semua kau tk mkn. smoga cpt sembuh sana and dpt selesaikan mslh dkt malaysia tuh :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nak credit vid tu, Amin yang buat tu. Ni dapat cerita panjang sebab aku tulis masa hari kejadian, sepanjang program. Sebelum ni biasanya dah berhari hari habis program baru nak tulis, tu yg bnyk lupa.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts