Rehlah Janda Baik
Entry ni bukan tulisan aku. Tapi hasil tulisan seorang kawan. Tepuklah sikit untuk dia sebab rajin dan sudi share perjalanan sepanjang rehlah dia dengan kawan-kawan. Tapi maaf weh aku terpaksa edit sikit. Bukan edit ayat tapi ejaan, imbuhan dan kembalikan hak kata nama khas dan huruf besar kepada pangkal ayat.
Tulisan seorang presiden yang guna nama Si Kacamata.
---------------------------------------------------------
Rehlah ke Janda Bohek
BAJET JANDA
Homestay: RM 41 x 7 orang
Minyak Kereta + Tol: RM 50 x 7 orang
Tiket Colmar Tropicale + Japanese Village: RM 30 x 7 orang
Lain-lain: RM 29 X 7 orang
Total : RM150 x 7 = RM1050
Kitorang gerak dari Muar jumaat pagi. Transit kat Nilai dulu sebab ada member yang intern dan belajar kat KL dan Bangi. Jadi malam tu bermalam kat rumah sewa aku. Esok paginya, tepat 7 pagi kitorang gerak ke Janda Bohek. Singgah Gombak sat sebab nak sarapan dan ambil kunci homestay. Sampai homestay dlm pukul 9.00 pagi. Masa mula-mula sampai tu rasa macam buruknya homestay ni. Sebab dia kat tanah persendirian. Sebuah je pulak tu. Tapi kawasan sekitarnya besar. Ada pokok manggis, durian, kolam ikan. Rumahnya berhabuk sikit la. Tapi bila masuk dalam rumah tu rasa puas hati la sebab memang konsep rumah kampung. Siap dapur semua sekali. Dan yang bestnya sepanjang kat homestay tu kitorang tak sentuh gajet pun. Sebab dia ada sediakan carrom, daun terup, pa sistem+speaker. Rumahnya memang jauh dari rumah lain. Jadi tenang sikit la. Sampai sana, rehat-rehat dulu, main-main. Lepas zohor terus keluar cari makanan tengah hari. Kedai tak banyak sangat. Lepas makan tu, kitorang terus pi sungai. Mandi. Keluar rumah pukul 2.30 petang, balik rumah pukul 6.30 petang. Jadi malam tu kitorang masak maggi sebab dah beli awal-awal kat nilai. Jadi sepanjang malam tu kitorang lepak je kat rumah. Main werewolf, daun terup, gosip2 mengumpat sikit. Haha. Esok paginya iaitu semalam la, kitorang kemas-kemas dan bergerak ke Bukit Tinggi dalam pukul 9.30 pagi. Dekat je Janda Baik ke Bukit Tinggi. Kalau dari KL pun dalam 50 minit je. Masuk sana dalam RM14. Kitorang pergi Colmar yg macam kat luar negara tu dan Japanese Village. Udara kat situ nyaman la sebab tinggi kan. Kat situ takde apa sangat pun. Cuma cantik la kalau nak bergambar. Tapi bagi aku ok la. At least ada pengalaman pernah sampai. Dalam pukul 2.00 petang tu, bergerak ke KL. Pulangkan kunci dan makan kat gombak. Lepas tu, member aku nak cari lens kamera. So kitorang pi la Pudu. Lepas tu, kitorang hantar member yg intern kat Puchong, yang kat IPG Bangi, dan terus balik ke Johor.
Wahhh.. Menariklah cerita ni... Filemkan pliss
ReplyDeleteHaa kannn. Simple and nice je, 7 minit habis dah kalau buat filem ni.
Delete